Isteri tuntut cerai, suami rakam & ugut sebar video bogelnya di media sosial


Berang dengan tuntutan isteri yang mahu meminta diceraikan membuatkan si suami naik angin lalu memukul mangsa. Tidak cukup dengan itu, suspek turut membogelkan isterinya sebelum merakam dan mengugut mahu menyebarkan video itu.


Malangnya hari tidak selalunya cerah apabila suspek berusia 31 tahun itu ditahan polis pada Rabu lalu setelah mangsa berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Rarawe berkata, kejadian itu berlaku di rumah pasangan berkenaan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, pada Rabu.


Beliau berkata, mangsa dalam laporannya mendakwa suspek bertindak membogelkannya dan merakam video sebelum mengugut mahu menyebarkan video mengaibkannya itu. 


Kejadian itu berlaku setelah mangsa menuntut untuk diceraikan dan kerap mengulangi tuntutan itu sehingga wujud ketegangan dalam keluarga. 


Mangsa mengalami luka calar dan lebam di bahagian muka serta leher akibat kejadian itu dan mendapat rawatan di Hospital Selayang. 


Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan dan telefon bimbitnya dirampas untuk membantu siasatan berhubung kes bogel mangsa yang dirakamnya. 


Suspek direman selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. 


Sumber: Harian Metro

No comments