Budak meninggal dunia kerana kerap bermain mobile game, alami keadaan mengerikan & hospital pun tak dapat tolong


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Subang, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami gangguan saraf dan sakit kepala. 


Raden Tri Sakti, dikatakan gembar bermain permainan online melalui telefon bimbitnya sehingga mengalami ketagihan yang teruk. 


Doktor yang memeriksa berkata, Raden meninggal dunia kerana gangguan syarat akibat radiasi telefon bimbit atau telefon pintar. 


Berdasarkan laporan media tempatan, mangsa sangat gemar bermain permainan online dan setiap hari dia tidak akan melepaskan telefon itu dari tangannya. 


Sebelum meninggal dunia, Raden sempat dibawa ke hospital setelah kerap mengadu sakit kepala sejak sebulan yang lalu. Doktor mengesyaki kanak-kanak itu mengalami gangguan saraf dan mengarahkannya menjalani rawatan. 


Selepas 16 hari, rawatan yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Bahkan kaki dan tangannya langsung tidak dapat bergerak dan akhirnya Raden dibawa pulang oleh keluarganya untuk mencuba rawatan alternatif. 


Keadaan Raden semakin teruk dan disahkan meninggal dunia pada Selasa 23 Februari 2021. Pihak berkuasa mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana gangguan saraf dan bukannya disebabkan positif Covid-19. - Agensi

No comments