(Video) 'Pergilah buat report polis' - 3 lelaki bujang ditahan polis kerana langgar SOP PKP
Polis menahan tiga lelaki yang didapati melanggar SOP dengan berkumpul di kawasan kolam renang sebuah kondominium di Bukit Mertajam.
Difahamkan, tiga lelaki terbabit terdahulu telah ditegur oleh pengawal keselamatan pada jam 6.30 petang Ahad, 31 Januari 2021.
Namun mereka berdegil dan enggan mengendahkan teguran itu membuatkan pengawal keselamatan terpaksa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, video berhubung insiden itu yang dipercayai dirakam oleh pengawal keselamatan berkenaan turut tersebar di media sosial.
Berdasarkan video berdurasi 45 saat itu menunjukkan, pengawal keselamatan berkenaan datang menghampiri tiga lelaki itu dan meminta mereka beredar bagi mematuhi SOP. Tetapi salah seorang lelaki terbabit menjawab teguran itu dan meminta dia membuat saja laporan polis, selain memberi alamat rumah untuk mencarinya.
Shafee berkata, pihaknya menerima laporan dari pengawal keselamatan berkenaan dan bertindak di atas laporan itu, pihaknya menahan tiga lelaki terbabit yang berusia 20, 22 dan 41 tahun.
Siasatan awal mendapati, tiga lelaki itu pergi ke kolam renang yang terletak di tingkat tujuh. Mereka didapati melakukan kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Kosmo
Post a Comment