'Jangan beruwiw-uwiw sangat!' - Mafia Itali arahkan pemandu ambulans berhenti guna siren & lampu kecemasan kerana boleh kelirukan pengedar dadah
Mafia Itali mengarahkan pemandu ambulans di Naples berhenti menggunakan siren dan lampu kecemasan mereka kerana ia mengelirukan pengedar dadah.
Bunyi siren dan lampu ambulans itu dikatakan boleh mengganggu perniagaan pengedaran dadah dan menakutkan pelanggan mereka kerana menyangka kehadiran polis di tempat itu.
Pemandu ambulans di Naples kini menuntut perlindungan dari polis daripada gangguan mafia tempatan.
Dalam satu kejadian yang dilaporkan pada Sabtu lalu, dua anggota mafia memberhentikan sebuah ambulans dan mengancam mahu membunuh pemandunya jika menggunakan siren sepanjang perjalanan ke bandar selatan.
Menurut mangsa, dia ketika itu dalam perjalanan ke sebuah bandar. Mangsa menghidupkan bunyi siren dan lampu kecemasan sebelum didatangi dua penunggang motosikal besar yang kemudian mengepitnya.
Salah seorang suspek memukul tingkap ambulans dan mengancam mahu membunuhnya.
"Tak faham ke kat kawasan ni tak boleh guna siren? Tutup sekarang atau kami tembak!" kata suspek.
Selepas kejadian itu, petugas perubatan terpaksa meminta polis mengiringi dan memastikan keselamatan pemandu ambulans sekiranya terdapat kes kecemasan di luar kawasan.
Kes yang sama pernah dilaporkan berlaku di Naples yang membabitkan seorang doktor berusia 42 tahun.
"Kami diarahkan untuk tidak menggunakan siren di kawasan kejiranan lain termasuk Sanita dan Traino di mana ambulans yang berpangkalan di tempat itu hanya dibenarkan menghidupkan bunyi siren setelah keluar dari kawasan itu.
Akibatnya, para petugas ambulans dimarahi oleh ahli keluarga pesakit kerana lambat tiba di lokasi untuk menyelamatkan pesakit.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment