'Sekarang masalahnya, dia budak 1 tahun, faham tak?' - Badan pengurusan kondominium denda bayi tak pakai mask dalam lif


Tindakan sebuah badan pengurusan kondominium di Ampang mengenakan denda penalti sebanyak RM100 terhadap seorang bayi berusia satu tahun kerana tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam lif mengundang rasa tidak puas hati ibu bapanya. 


"Merujuk perkara di atas, anda didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif. Dukacita dimaklumkan anda telah melanggar peraturan dan disertakan denda penalti RM100. 


"Turut disertakan gambar / video sebagai bukti anda tidak memakai pelitup muka di dalam lif. Anda diminta untuk menyelesaikan denda tersebut dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat dikeluarkan." 



Tidak berpuas hati dengan denda tersebut, ibu bapa kepada bayi menghubungi pihak pengurusan kondominium berkenaan melalui aplikasi WhatsApp untuk menuntut penjelasan.


Pihak pengurusan menegaskan dari pemahamannya berhubung peraturan yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semua individu wajib memakai pelitup muka biarpun ketika berada di dalam lif tanpa mengira umur individu. 


Enggan berdiam diri, ibu bapa bayi itu menjelaskan anaknya baru berusia satu tahun, di mana KKM sebelum ini pernah memaklumkan kanak-kanak berusia dari dua tahun ke bawah adalah tidak diwajibkan memakai pelitup muka. 



Di media sosial, netizen berpendapat tindakan pihak pengurusan kondominium berkenaan tidak wajar kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan denda terhadap penduduk yang tidak memakai pelitup muka. Apatah lagi mengeluarkan denda terhadap bayi yang baru berusia satu tahun, jelas sekali tidak diwajibkan memakai pelitup muka. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

No comments