(Video) '15 kali aku basuh, langsung tak tanggal!' - Wanita menyesal guna Gam Gorilla untuk kekalkan gaya rambut


Baru-baru ini, video TikTok seorang wanita bernama Tessica Brown, 40, viral di media sosial selepas dia mengambil keputusan untuk menggunakan gam gorilla untuk penganti kepada penyembur rambut yang berakhir dengan kejadian yang tidak diingini. 


Video yang dimuat naik pada 4 Februari menunjukkan Tessica menjelaskan kepada pengikutnya yang dia mahu mengekalkan gaya rambutnya dengan menggunakan spray rambut. 


Bagaimanapun, produk penyembur rambut Got2bGlued yang biasa digunakannya telah habis. Satu-satunya produk lain yang difikirkannya sesuai dijadikan sebagai penganti pada waktu itu adalah Gorilla Spray Adhesive yang dibuat oleh Gorilla Glue. Sudah tentu ia bukan digunakan untuk rambut tetapi untuk fabrik, kertas, kayu, plastik, kadbod, foam, besi dan banyak lagi. 


Setelah menggunakan Gorilla Spray Adhesive, dia berjaya mengekalkan gaya rambutnya. Malangnya, dia tidak dapat membuang kesan gam itu pada rambutnya. 


@im_d_ollady

Stiff where????? Ma hair 🤬🤬

♬ original sound - Tessica Brown


Biarpun Tessica cuba membasuh rambutnya lebih dari 15 kali, pelbagai jenis rawatan sehingga dibawa ke bilik kecemasan, rambutnya masih tetap melekat. 


Ada yang menganggap kejadian itu melucukan sehingga video itu mendapat lebih dari 30 juta tontonan, tetapi ia sebenarnya sangat menakutkan. 


Selepas beberapa minggu kemudian, rambut Tessica berjaya diselamatkan dengan bantuan seorang pakar bedah plastik dari Los Angeles, Dr Michael Obeng, yang menawarkan bantuan secara percuma dengan menggunakan pelarut buatannya sendiri.


Prosedur tersebut dilakukan pada Rabu, 10 Februari 2021. Selepas menjalani rawatan selama empat jam, Tessica dapat menyisir rambutnya menggunakan jari. Tessica turut diberikan rawatan susulan bagi mengelakkan rambutnya gugur.


Sumber: World of Buzz, Daily Star

No comments