Activision ban 60,000 cheater dalam Call of Duty: Warzone
Activision dilaporkan telah melakukan 'ban wave' terbaru di game battle royale Call of Duty: Warzone dan Modern Warfare Multiplayer secara besar-besarkan.
Menurut sumber, sebanyak 60,000 akaun pengguna yang bermain menggunakan 'cheat' telah disekat (banned) berbanding sebelum ini hanya menyekat 50,000 akaun pada April dan 20,000 akaun pada September 2020.
Difahamkan, operasi itu dilakukan dalam tempoh 24 jam setelah salah seorang streamer Warzone terkemuka, Vikkstar123, mengambil keputusan untuk tidak bermain game tersebut kerana kesal dengan kehadiran cheater yang seperti tiada penyudahnya.
Sumber juga menjelaskan, Activision lebih menyasarkan pemain yang menggunakan software EngineOwning.
Pada ketika ini, pihak EngineOwning sedang berusaha mengemaskini programnya kerana ramai pengguna cheat berkenaan meluahkan rasa kecewa akaun mereka telah disekat oleh Activision. - Agensi
Post a Comment