Doktor jual bayi baru lahir selepas ibubapanya tak mampu bayar bil hospital
Polis menyerbu sebuah hospital selepas mendapat maklumat seorang doktornya menjual bayi baru lahir setelah ibu bapanya memaklumkan yang mereka tidak mampu membayar bil perubatan.
Siasatan awal mendapati, sebaik saja bayi itu dilahirkan di Tulamba, Pakistan, mereka terus diberi bil perubatan oleh pihak hospital.
Terkejut melihat jumlah caj yang dikenakan, mereka terus memaklumkan kepada hospital yang mereka tidak mampu membayar bil tersebut. Doktor kemudian mengambil bayi berkenaan dan dijual kepada pasangan suami isteri yang tidak mampu mendapatkan zuriat sendiri.
Menurut pasangan itu, mereka tidak tahu hospital akan mengenakan caj perubatan yang terlalu tinggi bagi khidmat menyambut kelahiran.
Pasangan itu dimaklumkan bahawa bayi mereka telah dijual kepada seorang lelaki bernama Faisal, lalu terus membuat laporan polis yang kemudian datang ke hospital untuk menyiasat.
Setelah berbincang, bayi itu dikembalikan kepada ibu bapanya dan doktor berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan. Pihak hospital juga memohon pasangan berkenaan tidak membuat sebarang pendakwaan terhadap pihaknya.
Tidak dijelaskan berapa sebenar jumlah bil yang dikenakan itu dan berapa pembayaran yang dibuat oleh Faisal untuk membeli bayi berkenaan.
Sumber: Daily Star
Post a Comment