Tikam alat sulit teman wanita suami, isteri dipenjara 8 tahun


Susulan dari kejadian seorang isteri menikam alat sulit teman wanita kepada suaminya selepas berpura-pura bersetuju diajak mengadakan hubungan seks secara berangkai (threesome) pada 24 Mac lalu, tertuduh yang bekerja sebagai pelayan kopi berusia 46 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun, lapor Utusan Borneo. 

Tertuduh, Ting Hai Hua, berasal dari Kapit mengakut bersalah di atas pertuduhan tersebut sehingga mencederakan mangsa, yang dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sibu, Stella Augustine Druce. 

Tertuduh mengaku secara sukarela menyebabkan kecederaan parah pada mangsa berusia 34 tahun dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Lorong Lajong kira-kira jam 8:00 malam hingga 9:30 malam. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan. 

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Heng Yi Min, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac lalu. 

Sementara itu, suami tertuduh, Maram Mebang, 29, dari Kapit juga dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengadakan perhubungan seks dengan wanita lain yang sudah berkahwin. 

Maram didakwa kerana cuba memikat atau mempengaruhi wanita terbabit dengan niat untuk melakukan hubungan seksual dengannya di bilik sewa pada malam kejadian. 

Tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah memerintakan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa pada hari ini. 

Terdahulu, dalam kejadian malam 24 Mac lalu, Ting menikam alat sulit teman wanita suaminya kerana cemburu selepas mangsa mengadakan hubungan seks dengan Maram, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 

BERITA BERKAITAN:

No comments