'Tayar pecah, dia tolak motor 10 km dengan anaknya di depan'
Hampir 10 kilometer si bapa menolak motosikalnya yang mengalami tayar pecah bersama dengan anaknya di Jambatan Pulau Pinang. Datangnya dari Perak ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan agar mendapat rezeki yang halal bagi menanggung lapan orang anaknya.
Mujur ada insan yang mulia, Syed Hassen, sudi berhenti dan menghulurkan bantuan atas dasar prihatin sesama saudara seagama. Tidak diketahui sama ada si bapa sudah mendapat tawaran pekerjaan, namun jika ada yang mahu membantu, amat dialu-alukan.
TOLONG SHARE nah, kot ada yang boleh tolong dia.
Anak umur enam tahun, ayah umur 46 tahun, merantau mencari kerja. Aku jumpa dia di atas Jambatan Pulau Pinang tadi (20 April 2019).
Dia dari Bagon Datoh, Perak. Mai Penang nak pusing-pusing cari kerja. Anak lapan orang, umur dah dekat 50 tahun.
Tadi jumpa dia atas jambatan dok tolak motosikal Suzuki RC80, tayar belakang pecah dengan anaknya di depan. Aku minta nak tumpangkan budak itu, tapi dia tak nak. Mungkin dia takut aku bawa lari anak dia.
Jadi aku bawa dia pergi ke bengkel di Jelutong untuk tukar tayar pancit. Separuh jalan, dah teruk sangat tayar dia. Dekat 10 kilometer juga dia tolak motosikal dengan anaknya bersama.
Sampai di bengkel, tukar tayar luar dan dalam. Selepas itu bawa dia pergi makan di Nasi Kandaq Deen.
Aku minta nombor handphone dia. Bila aku call, tak ada bunyi. Lepas itu dia keluarkan handphone, rupanya dah habis bateri. Dia guna handphone brand China yang paling murah memang tekan pun semata-mata plastik saja.
Selepas dia bagi nombor handphone, dia teruskan perjalanan nak balik katanya. Mungkin dia dah penat dan letih sangat. Aku cuma dapat tolong dia tukar tayar dan belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.
Sedih betul teman dia tadi. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia sentiasa senyum walaupun aku faham yang dia datang dari jauh dan sememangnya betul-betul memerlukan bantuan.
Kalau ada sesiapa yang nak tolong, hubungi talian 019-4004431.
Sumber: Syed Hassen
Post a Comment