Rumah terbakar, ibu jatuhkan anak dari tingkat 10 sebelum terjun & kedua-duanya maut


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati selepas dijatuhkan oleh ibunya yang tiada pilihan lain, dari tingkat 10 di mana kediaman mereka dijilat api, lapor Mirror

Ibu mangsa yang berusia 32 tahun itu dapat dilihat memegang anaknya di luar tingkap sebelum melepaskan anaknya ke bawah dengan harapan orang ramai menyambutnya. 

Sementara itu, di bawah bangunan, orang awam membentangkan kain untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. 

Malangnya, berat mangsa yang jatuh dari tingkat tinggi itu telah menyebabkan kain itu terkoyak dan maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah. 

Tidak lama kemudian, ibu mangsa juga terjun dari ketinggian 100 kaki itu dan menerima nasib yang sama. 

Dalam kebakaran itu, 30 mangsa berjaya diselamatkan dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran. 

No comments