'Saya sudah tidak boleh bertahan lagi' - Fathia sahkan dia tidak lagi bertudung, rasa lebih lega
Sukar untuk membuat keputusan itu tetapi pelakon Nur Fathia Latiff enggan terus berpura-pura dan mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu.
Fathia berkata, dia kini berasa lebih lega kerana kembali menjadi dirinya sendiri meskipun mengetahui keputusan yang dibuatnya itu adalah salah.
Memetik kenyataannya dari Harian Metro, Fathia berkata dia bertudung selama ini bukan dengan kerelaan hati, tetapi mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang.
"Saya rasa lebih lega sekarang. Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri. Lagipun untuk kekal bertudung bukan satu perkara mudah.
"Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab.
"Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya. Jadi, saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi.
"Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum.
"Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap, sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.
"Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar. Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur," katanya.
Post a Comment