Anak kapak bapanya sehingg mati kerana terpijak iPhone miliknya


Seorang bapa dikapak sehingga mati oleh anak lelakinya selepas mangsa terpijak iPhone milik suspek. 

Mangsa, Leng Sao, 50, dilapor diserang oleh anak lelaki, Leng Huon, 23, dalam parti minum arak bersama dengan rakan-rakan di rumah keluarga itu. 

Ketua Polis Daerah Prey Veng, Kemboja, Kapten Chuon Samnan berkata, Huon sebelum itu tercicir telefon jenis iPhone di luar rumah. 

Bapanya keluar bilik kerana dia tidak dapat tidur dan seara tidak sengaja terpijak iPhone anaknya. 

Huon terus menjerit memarahi bapanya. Sao yang berang dengan tindakan biadab anaknya terus menyepak anaknya sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka. 

Suspek kemudian mengambil kapak dan menyerang bapanya di bahagian kepala, leher dan dada menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian. 


Selepas kejadian itu, Huon terus melarikan diri sebelum berjaya ditahan dan polis turut merampas kapak yang digunakan dalam kejadian itu. 

Pihak polis berkata, Houn akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh dan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan. 

Siasatan masih dijalankan. Model iPhone itu tidak didedahkan. 

Sumber: Mirror

No comments