'Bayang kalau 1,000 orang kena setiap hari' - Pengguna dakwa kredit telefon dirembat RM12 oleh pihak ketiga


Seringkali pengguna menerima mesej pengiklanan dari pihak yang tidak diketahui dan adakalanya terlalu kerap membuatkan pengguna berasa terganggu. Kes kehilangan kredit bukan isu baru dan pernah terjadi sebelum ini. Tetapi baru-baru ini ada pengguna yang menjadi mangsa. Mujur tindakan pantasnya menangani kes itu, berjaya mendapatkan semula RM12 yang telah 'dirembat' oleh pihak ketiga. 

ASSALAMUALAIKUM admin Oh! Media. Minta pihak admin sebarkan tentang hal ini. Admin boleh tengok gambar. 

Kredit tambah nilai saya ditolak oleh pihak ketiga tanpa sedar. Pada awalnya mesej ini tidak dikenakan caj pun. Jadi, saya abaikan bila mesej ini masuk.

Sehinggalah semalam saya perasan kredit saya hilang dan saya laporkan pada pihak telco. Pada awalnya pihak telco hanya membantu saya menyekat mesej daripada pihak ketiga tersebut, tetapi saya perasan bahawa ini menunjukkan akaun pengguna tidak selamat kerana pihak ketiga boleh mengambil kredit tambah nilai sesuka hati.

Selepas saya ajukan soalan ini, pihak telco telah memulangkan balik kredit tambah nilai yang telah dicaj oleh pihak ketiga. 




Point saya di sini:
  • Semak setiap mesej yang diterima
  • Kalau ada terkena mesej seperti ini, lapor kepada pihak telco dan tuntut balik jumlah yang hilang. Saya dapat semula RM12 yag telah dicaj oleh pihak ketiga. 

Bayangkan kalau 1,000 orang yang terkena setiap hari? Minta pihak admin sebarkan. 

Pengadu: Ibnu Abu Humaidi
Sumber: Oh! Media

No comments