'Rupanya, nak buat isteri bahagia bukan cuma hulur duit saja...'


Hendak menggembirakan pasangan, ada banyak caranya. Tapi perlu diingatkan, tak semua isteri itu sama dan penerimaannya terhadap 'kejutan' adalah berbeza. Jom cuba eksperimen dari Dr Taufiq ini. Kalau berjaya, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, cuba lagi. 

KORANG boleh cuba eksperimen ini sendiri pada pasangan masing masing. Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat-cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.

Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda-tanda ekspresi wajah (facial expression) orang yang sedang gembira.

Okey, kali ini saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ini saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak saja. Sama-sama suap anak, sama-sama layan karenah anak dan sama-sama bantu si dia jaga anak saja.

Kali ini, bukan setakat senyuman biasa saja yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali (tanda senyumannya itu bukan dibuat-buat), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh! Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau. Kalah layanan hotel 5 bintang!

Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ini bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi. Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!

Sumber: Taufiq Razif

No comments