(Video) Pengemis kudung kantoi ada kaki
Video yang dimuat naik pada Selasa minggu lalu menerusi akaun Facebook Pesan Bunda itu tetap tular kerana masih dikongsikan, lapor Tribun News.
Durasi video selama lima minit itu menunjukkan seorang pengemis yang nampak seperti tidak berkaki dilihat duduk di atas jalan sambil menggalas beg.
Beberapa anggota tentera dilihat menghampirinya, dan pemuda yang merakam video itu berkata: “Ada kan kakinya? Boleh buka-buka. Cakap jujur saja.”
Selepas didesak beberapa kali, akhirnya dia mengakui, dia menipu. Anggota tentera berkenaan kemudian memujuknya untuk mengeluarkan kakinya dan berjanji memberinya wang. Kumpulan itu berjaya mengesan pengemis berkenaan sebenarnya memakai lima lapis seluar, malah selepas semuanya dibuka kakinya yang sempurna dapat dilihat.
Susulan itu, mereka menasihatkan pengemis itu supaya berhenti menipu seperti itu sambil menyerahkan sedikit wang seperti dijanjikan.
“Kamu masih sihat, masih boleh bekerja. Kaki mu masih lengkap. Jangan diulangi lagi,” kata seorang anggota tentera berkenaan.
Sumber: Harian Metro, Francis Ngu Hown Hua
Post a Comment