'Dia tarik tangan cousin saya, diusap & menangis' - Maktam rindukan anaknya, Firdaus sejak terpisah 14 tahun lalu
Menurut Twitter @wnnrnbhh, Sakinah Wan Talib atau Maktam, yang OKU pendengaran, kini mengalami sakit tua dan amat berharap sekiranya dia dapat menemui anak lelakinya lagi yang sudah lama terpisah kira-kira 14 tahun.
Hendak mencari anaknya sendiri, tetapi keadaannya yang sakit tidak begitu mengizinkan. Apakan daya kerinduannya itu hanya dapat dilepaskan pada anak-anak muda yang datang melawatnya, apabila dia terkenangkan anaknya.
HI GUYS, saya nak minta tolong sebarkan tentang ibu saudara saya, Sakinah binti Wan Talib. Maktam ini OKU, bisu sejak kecil. Jadi, sekarang Maktam tengah sakit, sakit tua, tak boleh berjalan. Makan dan mandi pun semua orang tolong. Sekarang, kitorang nak cari anak dia bernama Firdaus.
Dia pernah berkahwin tetapi sudah bercerai semasa dia berusia 24 tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Firdaus. Bekas suaminya bernama Salleh kalau tak silap. Jadi, mungkin namanya, Firdaus Salleh.
Kali terakhir mereka berjumpa semasa Firdaus belajar di sekolah menengah. Umur Firdaus pada hari ini mungkin 32 tahun.
Sejak dari itu memang kitorang tak pernah berjumpa. Sampai sekarang pun kitorang pun dah lost contact dan tak dapat reach anyone. Jadi, sekarang kami nak cari Firdaus.
Maktam rindu sangat pada anak dia. Pernah sekali cousin datang melawat dan mungkin Maktam rindukan anak dia, dia tarik slow-slow tangan cousin kitorang datang dekat, usap dan menangis.
Pernah juga sekali semasa ahli keluarga kitorang yang lain datang melawat, bawa sekali seorang budak ini berusia lebih kurang tiga tahun. Maktam cuba nak bermain dengan budak itu, lambai-lambai, senyum-senyum pada dia. Mungkin dia terfikir, jika dia ada cucu, mesti dalam usia sebaya itu dah, kan?
Mungkin dia tak dapat nak beritahu tentang semua itu tetapi semua orang nampak kesedihan di matanya yang memberitahu segala-galanya. Adik saya pun selalu juga nak hiburkan Maktam. Kadang-kadang angah lambai dekat dia, ajak senyum alahai.
Kepada Firdaus, ingatlah ibu awak. Baliklah tengok keadaan dia. Andaikata ada secalit perasaan benci sekalipun, lupakanlah seketika. Datanglah jenguk. Tanpa seorang ibu, kita tidak mampu mencelik mata melihat dunia.
Hari itu tangan Maktam luka, sampai sekarang tak tahu kenapa dan luka itu semakin melarat. Gambar pertama itu selepas dah mula pergi ke hospital dan gambar kedua adalah keadaan terkini di mana lukanya semakin pulih. Dah kurang pergi klinik untuk cuci luka.
Dan ini masa tengah cuci dan selepas cuci luka. Sakit tapi tak boleh beritahu. Dah habis tu, saja nak ambil gambar suruh Maktam senyum.
Kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat, sila DM atau WhatsApp 018-4743049. Pertolongan anda semua sangat-sangat diperlukan dan dihargai.
Guys, ibu saya baru maklumkan. Selepas mereka berkahwin, diorang pindah ke Taiping, Perak. Selepas cerai, Maktam balik kampung. Tetapi Maktam tak faham cerai ini macam mana. Dia pernah pergi melawat anak dan bekas suami di Taiping itu.
So sebab tak eloklah kan, dah cerai tapi masih jumpa di rumah. Orang kampung halau bekas suami dia dan anak dia sekali. Tapi selepas itu, diorang ada juga melawat Maktam sebelum hilang tak tahu pergi ke mana.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan beri cadangan. Korang dah banyak membantu kitorang.
Sumber: @wnnrnbhh
Post a Comment