'What so hina jadi janda? Most janda adalah golongan teraniaya' - Farah Lee sangkal pandangan negatif masyarakat


Status ibu tunggal atau janda seringkali dipandang negatif oleh masyarakat tanpa mengetahui situasi sebenar yang berlaku. Apa jua yang dilakukan seperti tidak kena pada pandangan mata orang lain. Walaupun dipandang serong oleh sesetengah masyarakat, tetapi mereka harus dipuji kerana mereka memikul tanggungjawab yang besar.

Instafamous terkenal, Farah Lee antara yang tidak terkecuali disoal mengenai isu janda. Umum mengetahui, Farah Lee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti TV3, Ally Iskandar dan bercerai pada tahun 2016. Memiliki rupa paras yang cantik dan bijak, sudah pastinya pelbagai soalan yang dilontarkan kepada ibu muda ini.

FARAH selalu dapat soalan macam mana Farah tegar ignore mulut-mulut orang dan stigma terhadap janda? Well Farah tak ada la ignore sangat, kadang-kadang membalas jugak. 

“Bukan nak melawan sangat tapi kadang-kadang manusia ni dia fikir hidup orang dari pandangan hidup dia je. From my research, society kita tak inclusive, jadi susah nak raikan kelainan. Jadi Farah rasa berkeperluan nak educate jenis macam ni, supaya respect preference orang selagi tak bertentangan dengan syarak. Tak kisahlah kau menyampah ke, muntah ke. Kang ringan hati kalau kita tumpang senang dengan kehidupan orang lain.! Haih..”


Kehidupan yang sukar yang dilaluinya sudah mematangkan dirinya. Sudah tiba masanya untuk dia melupakan segala kesedihan dan fokus kepada kehidupannya pada masa akan datang.

“Lepas tu Farah jenis malas nak fikir sangat. I had a tough life. I already went through a load. So why would I allow others to keep hurting me.? Now nak happy and enjoy life. Fokus study, @ommaesabel and appreciate people who appreciate me,” katanya di Instagram.

“Orang-orang yang bising ni, none of them kisah perasaan kita, so why bother apa diorang kata, apa diorang fikir? As long as kita tau apa yang kita buat tak sakitkan orang dan tak harmful, just be ourselves. Siapa nak sayang kita kalau bukan diri kita sendiri kan? “

Dia juga pelik dengan persepsi masyarakat yang seolah-olah menghina status janda sedangkan Allah membela golongan ini.

“And what so hina jadi janda? Most janda adalah golongan teraniaya (tak termasuk janda yang hmmm menjandakan orang lain). Nak-nak ibu tunggal. Allah bela sangat golongan ni siap mention dalam Quran. Khadijah was ibu tunggal you know? Tapi siapa Khadijah di sisi Allah? Perempuan terbaik. Jadi tittle dunia is nothing, yang bezakan kita adalah iman dan amal.”


“So just be nice, kita mungkin tak tahu tangisan orang di hening malam, di sebalik senyumannya di pagi hari. So be nice, have empathy. Kalau dah mati kutu sangat nak cakap nice camne, just shut up. Kau pun tak suka orang sakitkan hati kau kan? Common sense kot.”

“So jaga hubungan dengan Allah, jaga mulut dengan manusia. Be proud of ourselves, respect ourselves, love ourselves. And others too. At the same time, work for a better self in future. Kalau kritikan membina, terima. Kalau bukan, persetankan je.”

“After all, yang hisab hidup kita bukan orang, tapi Tuhan 💪🏼 #ommabebel #FLjenjalan #FLinSWEEDEN”

Sumber: Farah Lee

No comments