Doktor cekik kekasihnya sehingga mati, mayatnya dimasak dalam oven, selepas mendapati mangsa sebenarnya adalah lelaki


Seorang doktor di Rusia mengaku telah membunuh dan menghapuskan mayat teman wanitanya selepas mendapati mangsa sebenarnya adalah lelaki yang telah menukar jantinanya, lapor Daily Mail

Mikhail Tikhonov, 27, memasak sebahagian mayat mangsa di dalam oven dan bakinya dipam dalam mangkuk tandas. 

Sebelum kejadian itu, Mikhail keluar bersama Nina Surgutskaya, 25, di Kursk, sebelum pulang ke kediaman mangsa. 

Ketika melakukan hubungan kelamin, lelaki itu menyedari pasangannya itu adalah transgender dan telah melakukan pembedahan penukaran jantina. 

Mikhail terus mencekik mangsa sehingga mati dan mayatnya disembunyikan.

Mikhail ditahan pihak polis selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubungan kehilangan anaknya, Nina. 

Siasatan polis mendapati, Nina mempelawa Mikhail datang ke rumahnya. Kemudian mereka mengambil minuman keras dan melakukan hubungan seks sebelum menyedari Nina sebenarnya adalah seorang lelaki. 

"Mangsa cuba meneruskan hubungan kelamin itu tetapi suspek mencekik lehernya dan berhenti apabila mendapati mangsa sudah tidak bernyawa," kata sumber. 

Suspek kemudian membawa mayat mangsa ke bilik air dan mula memotong mayat mangsa kepada bahagian kecil di mana sebahagian dimasak dalam oven dan bakinya dipam dalam tandas. 

Suspek yang menafikan dirinya adalah kanibal kemudian menyimpan kepala mangsa di dalam beg dan dibawa ke kediamannya untuk dilupuskan ke bahagian lebih kecil, kemudian dibuang ke dalam tong sampah. 


Ketika itu, polis datang untuk menahannya dan turut menemui kepala mangsa yang masih bersambung dengan tulang belakang yang disalut dengan garam bagi tujuan menghilangkan baunya. 

"Dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuang mayat mangsa dan ketika itulah dia ditangkap," kata sumber. 

Mikhail berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh dan cuba menghapuskan mayat mangsa. 

No comments