Akhirnya Lan Pet Pet jumpa Pak Ya untuk minta maaf, siap cium dahi


Pelawak Lan Pet Pet atau Mazlan Ahmad malam tadi bersemuka dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap, yang dipukulnya sebelum ini, untuk meminta maaf di atas tindakannya yang tidak wajar itu. 

Lapor Berita Harian, pertemuan di antara dua pihak itu berlangsung hampir dua jam, turut dihadiri keluarga dan sahabat baik mereka. 

Mazlan memohon maaf di atas tindakannya itu dan permohonan maaf itu disambut oleh Yahya dengan hati terbuka. 

"Saya maafkan Lan. Ini bukan kerana wang tetapi keinsafan dirinya membuka hati saya memaafkannya.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lagipun, Ramadan al-Mubarak akan tiba tidak lama lagi. Lebih elok kami berbaik daripada memanjangkan sengketa pada bulan mulia. 

"Saya bukannya pendendam, segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka," katanya memetik laporan dari Berita Harian malam tadi. 

Yahya juga memberitahu, dia kasihan terhadap Mazlan di mana karier dan reputasinya terjejas ekoran insiden itu. Beliau menghormati tindakan Lan yang sanggup bersemuka dengannya untuk memohon maaf dengan hati yang ikhlas. 

"Asalkan Lan insaf dengan perbuatannya, itu sudah cukup. Saya akan berbincang dengan peguam untuk menarik balik permohonan rayuan supaya hukuman terhadap Lan disemak semula

"Saya tidak akan meneruskan tindakan saman itu," katanya. 

Sementara itu, Lan bersyukur Yahya memaafkan dirinya dan melayannya dengan baik pada pertemuan itu. Katanya, dia runsing dan tidak senang hati apabila memikirkan hal itu berminggu-minggu, selagi dia tidak bersemuka dengan pengawal keselamatan itu. 

"Saya mengambil sedikit masa untuk mengatur pertemuan ini. Saya perlu mencari nombor telefon dan memastikan Paky Ya bersetuju untuk bersemuka. Saya berterima kasih pada Pak Ya dan keluarga yang menerima pelawaan untuk bertemu. 

"Pada awalnya, saya tahu Pak Ya marah. Tetapi apabila melihat saya dengan rendah diri, zahir dan batin memohon maaf, dia akhirnya tersenyum

"Walaupun pada pertemuan ini, air mata tidak menitis, tetapi hati saya menangis tiada siapa tahu

"Saya sedih dan insaf, saya berjanji akan menjaga Pak Ya dan keluarga seperti family sendiri. Saya juga merancang untuk membawa Pak Ya dan isterinya menunaikan umrah di Makkah, insya-Allah," katanya. 


LAPORAN BERKAITAN:

No comments