'Lek ah, belum cukup setahun' - kata kaki hutang buat wanita ini bengang


"Salam, bila boleh bayar hutang? Jangan ingat kau seorang je sengkek, aku pun hidup pakai duit, bukan pakai daun," demikian kata seorang wanita yang kesal hutangnya telah lama tidak dibayar. 

Menurut wanita berkenaan, dia sudah cuba meminta lelaki itu membayar hutangnya dengan baik sejak Ogos 2018. Malangnya lelaki terbabit sanggup mengelak dan menyekat nombornya. 

"Aku minta elok-elok since August tahun lepas. Kau block aku, tukar number baru. Kau yang berhutang, aku pula yang makan pasir," tulisnya yang juga melampirkan dua screenshot perbualan WhatsApp di antara mereka. 




Berdasarkan gambar itu, lelaki terbabit memberikan alasan tidak dapat membayar hutang pengadu kerana dia juga berhutang dengan ceti dan baru saja membayar hutang RM20,000. 

"Maaf, buat masa ni aku takda duit nak bayar duit kau. Aku sangkut dengan ceti. Semalam baru je settle semua habis RM20,000. Maaf, bagi aku masa sikit," katanya. 

Tetapi apabila pengadu cuba meminta hutangnya dibayar walaupun RM100, janji hanya tinggal janji. Setiap hari pengadu terpaksa menagih hutangnya dan berdepan dengan pelbagai alasan remeh lelaki itu. 

Tidak tahan dengan tindakan pengadu, lelaki terbabit mula membalas mesej pengadu dengan kasar seperti tidak mempunyai rasa bersalah. 



"Jangan cakap tindakan aku ni melampau ye. Aku dah cukup sabar dah selama ni. Bukan aku seorang je mangsa, ramai lagi duit orang dia pinjam," kata pengadu. 

Difahamkan, berikutan desakan dari netizen melalui media sosial dan WhatsApp setelah nombornya disiarkan oleh pengadu, lelaki terbabit telah membayar hutang tersebut. 

Bagaimanapun, pengadu enggan memadamkan tweet tersebut kerana tweet itu belum genap setahun seperti mana yang diperkatakan oleh lelaki terbabit hutangnya belum genap setahun sebelum itu.

No comments