'Apa salah aku?!' - Pelanggan dilabel gedik oleh cashier restoran kerana buat special request
Seorang lelaki terkejut apabila dia dilabel sebagai 'gedik' oleh cashier sebuah restoran makanan segera dipercayai di Shah Alam, hanya kerana dia membuat permintaan khas ketika membuat pesanan.
"Apa salah aku buat special request?!" tulisnya.
Berdasarkan gambar resit yang dikongsikan, difahamkan pelanggan berkenaan membuat permintaan khas yang dia tidak mahu bahagian kepak atau paha. Namun terkejut apabila mendapat resit yang jelas dan terang tertulis perkataan 'gedik' pada resit bertarikh 31 Mac 2019, jam 8:58 malam.
Tidak berpuas hati dengan insiden itu, pengadu membuat aduan pada pihak restoran terbabit melalui emel dengan bantuan rakannya.
Tampil seorang individu yang bekerja dengan restoran itu pula menafikan 'gedik' itu ditujukan kepada pengadu, sebaliknya ditujukan kepada kakitangan yang menyediakan pesanan itu.
Sementara itu, pihak restoran memohon maaf di atas kebiadapan kakitangannya di cawangan berkenaan dan memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kakitangan terbabit.
Post a Comment