(Video) Kenapa perlu buka tali pinggang di check point airport? Inilah sebabnya


Bagi mereka yang kerap menggunakan pengangkutan udara, sudah menjadi kebiasaan untuk membuka tali pinggang ketika melalui pemeriksaan keselamatan di pintu masuk lapangan terbang.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tali pinggang? Adakah disebabkan kepala tali pinggang itu berunsur besi atau...? 

Menurut penjelasan seorang pegawai keselamatan di lapangan terbang berkata, tali pinggang perlulah dibuka untuk diperiksa kerana bimbang ada penumpang yang menyembunyikan senjata tajam di sebalik 'buckle'. 

"Kenapa bila kita (pegawai) membuat pemeriksaan 'body search' di check point, perlu untuk membuka tali pinggang. Ini sebabnya, nampak? Pisau. 


"Inilah sebabnya mengapa kita perlu meminta penumpang atau kakitangan membuka tali pinggang. Nampak macam biasa, (tapi berbahaya)." katanya. 

No comments