Kedai Mamak enggan layan 2 pelajar sekolah ponteng dipuji netizen


Ada segelintir pelajar sekolah begitu berani ponteng dan lepak di kedai mamak secara terang-terangan tanpa takut dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. 

Namun dalam kejadian baru-baru ini, netizen memuji tindakan kedai mamak yang enggan melayan dua pelajar ponteng sekolah ini. Siap bagi ceramah free lagi.

SAYA pergi ke sebuah kedai mamak di Cheras untuk bersarapan pagi. Ketika sedang menikmati sarapan pagi, ada dua pelajar yang ponteng sekolah mahu melepak di kedai mamak ini. 

Namun mereka berdua ditegur oleh mamak dan juga enggan diberi makanan dan minuman. Dia (mamak) terus memberi ceramah kepada dua pelajar itu dan berkata kehidupan di dunia ini amat sukar serta menasihatkan agar mereka kembali ke sekolah. 

Malah, mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh sekiranya dua pelajar itu tadi tidak pergi ke sekolah. 

Dua pelajar itu beredar dan saya rasa mereka pergi mencari kedai mamak lain yang boleh melayani mereka. 

Saya kagum dengan integriti kedai mamak ini. Meskipun dia boleh mendapat untung yang sikit, tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian. 

Netizen juga kagum dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh kedai mamak itu berbanding kebanyakan pengusaha kedai makanan yang lain hanya membutakan mata menerima kehadiran pelajar ponteng demi keuntungan. 

Sumber: Drybone

No comments