Kanak-kanak maut, paru-parunya pecah selepas mulut disumbat dengan hos udara tekanan tinggi
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut kerana paru-parunya pecah selepas hos udara tekanan tinggi dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taiwan, mangsa yang dikejarkan ke hospital disahkan meninggal dunia di mana paru-paru mangsa telah pecah.
Polis kini sedang menyiasat bapanya atas dakwaan membunuh.
Pegawai penyiasat sedang menyoal siasat bapa mangsa untuk mengetahui apakah kecederaan yang dialami oleh mangsa itu adalah secara sengaja atau tidak, atau rekabentuk peralatan itu, atau mangsa memegang hos udara itu sendiri, lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
Bapa mangsa, Kuang, mendakwa anak perempuannya itu keluar dari kereta lalu mengambil hos udara tekanan tinggi diletakkan ke dalam mulut menyebabkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku.
Kuang segera mengejarkan anaknya ke hospital selepas menyedari kejadian yang menimpa mangsa di mana kepala mangsa kebiruan dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Pegawai penyiasat yang sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkata, Kuang dilihat memegang hos udara itu dan dihala ke arah anaknya dua kali ketika dia menyembur angin pada kenderaannya, BMW.
Bercanggahan dengan dakwaan suspek kononnya mangsa keluar dari kereta. Rakaman CCTV menunjukkan mangsa tidak keluar dari tempat duduk depan.
Penyiasat tidak dapat merungkai apa sebenarnya yang telah berlaku pada waktu kejadian kerana suspek menghalang kamera pengawasan.
Kuang ditahan dan didakwa membunuh anaknya sendiri dan dibenarkan ikat jamin 60,000 TWD (RM8,000).
Sumber: Daily Mail
Post a Comment