Pasangan kebumikan bayi mereka hidup-hidup kerana percaya cakap bomoh kononnya mangsa dirasuk


Seorang bayi perempuan ditanam hidup-hidup oleh ibu bapanya kerana mereka menyangka dia dirasuk. 

Bayi berusia 20 hari itu dibiarkan mati dalam suhu hanya 3 darjah selsius pada ketika itu di Shahjahanpur, utara India. 

Mangsa ditanam di bawah tanah selama tiga jam sebelum disedari oleh orang awam yang kemudian segera mengali dan mengeluarkan mangsa lalu dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan. 

Saksi, Dharmendra Kumar berkata, ketika melalui kawasan itu, dia terdengar suara tangisan bayi lalu mencari arah suara itu dan mendapati mangsa berada dalam tanah dan masih hidup. 



"Saya segera membawanya ke hospital berdekatan dan melaporkan penemuan itu kepada polis. 

"Ini adalah perbuatan yang sangat kejam. Saya tak boleh percaya bagaimana ibu bapanya boleh meninggalkan bayinya dalam keadaan cuaca sejuk sebegini," katanya. 

Siasatan polis mendapati, ibu bapa mangsa yang berusia 30 dan 28 tahun telah mengebumikan anak ketiga mereka sambil dibantu dua orang saudara mereka yang diarahkan oleh bomoh kononnya mangsa telah dirasuk.

Polis telah berjaya menahan bapa mangsa, ibu saudara dan bapa saudaranya serta bomoh terbabit. Namun, ibu mangsa masih belum ditahan. 


Menurut Superintendan Subhash Chandra Shakya berkata, "Bayi itu dikebumikan oleh ibu saudaranya selepas dia diminta berbuat demikian oleh ibu bapa bayi itu. 

"Mereka bertindak sedemikian selepas mendapat nasihat dari bomoh yabng mendakwa bayi perempuan itu telah dirasuk dan kehadirannya dalam hidup pasangan itu boleh membuatkan rumah tangga mereka musnah. 

"Kami telah menahan bomoh terbabit, bapa saudara, ibu saudara dan bapa mangsa tetapi ibunya masih belum dikesan," katanya. 

Sumber: Mirror

No comments