'Tengok gambar daging pun dah tahu bukan babi, MAS tak perlu minta maaf' - Netizen
Perkara ini mendapat banyak perhatian pihak antaranya seperti bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abd Aziz Abdul Rahman, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Presiden Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) Mohd Ridzuan Shaari, yang menyelar MAS mempromosikan makanan dan gambar daging babi dalam majalah syarikat tersebut yang disifatkan sebagai tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan.
MAS kemudian tampil memohon maaf berhubung perkara itu dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak.
"Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai sebahagian daripada menu mereka.
"Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepada penumpang daripada seluruh dunia.
"Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang," katanya.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan individu yang menularkan perkara itu di media sosial kerana gagal membezakan daging wagyu dengan daging babi.
Dei kalau beef ngan pork pun tak leh bezakan, tak payah nak acah2 woke lah Malaysia Baru di pegang tangan kafir semua.— 𝕗𝕒𝕔𝕜 𝕚𝕞𝕣𝕒𝕟 (@facktura) January 22, 2019
Lepas tu pahal kau nak minta MAS more sensitive toward muslims kalau melayu sendiri yg over sensitive, dulu suruh mengaji bahasa inggeris tak mau padan la muka. pic.twitter.com/xtLMjFimTJ
"Dei, kalau beef dengan pork pun takleh bezakan, tak payah nak acah-acah woke lah Malaysia Baru dipegang tangan kafir semua.
"Lepas tu pahal kau nak minta MAS more sensitive toward muslims kalau Melayu sendiri yang over sensitive. Dulu suruh mengaji bahasa inggeris tak mau, padan la muka.
"Aku baca headline pun dah tahu ini mesti kerja Melayu sensitif tak kena tempat. Dah tahu kurang education, cuba selidik dulu sebelum nak bash publicy kat social media. Cina India gelak je tengok perangai kita.
Aku bace headline pun dh tahu ni mesti keje melayu sensitif tak kena tempat. Dh tahu kurang education cuba selidik dulu sblm nak bash publicly kat social media. Cina india gelak je tgk perangai kita :((— 𝕗𝕒𝕔𝕜 𝕚𝕞𝕣𝕒𝕟 (@facktura) January 22, 2019
"Otak sempit jenis macam ni lah. Kalau setakat betul ada gambar kat majalah pun boleh triggered, tak tahulah kalau dapat tahu airline lain ada serve pork, terus dia tak nak naik dah airline itu agaknya.
Otak sempit jenis mcm ni lah. Kalau setakat betul ade gamba kat majalah pun bole triggered, xtau la kalau dpt tahu airline lain ade serve pork terus dia x nak naik dh airline tuh agaknnye.— 𝕗𝕒𝕔𝕜 𝕚𝕞𝕣𝕒𝕟 (@facktura) January 22, 2019
"MAS kind enough letak gambar wagyu beef besar-besar itu. I'm guessing nak jaga hati pihak lain. Tapi masuk Facebook juga," katanya.
kesian... lebih 30tahun terbang ke serata dunia, tapi tak pernah makan beef steak agaknya. tapi, kalau pun tu pork, apa yang nak ditakutkan sangat entah. dah negara Malaysia yg tecinta ni berbilang kaum. 🤦— Nadhira ♈ (@kaznadkaz) January 22, 2019
Kalau pon mention pork? Awatnya? Bukan seketoi daging loncat masuk mulut dia pun. It shouldn't have been an issue. Gila sampai word pork pon ganggu jiwa, dah sesat ka apa?— Husin Pantalon (@HusinPantalon) January 22, 2019
Sumber: Sinar Harian, Imran
Post a Comment