'Bos yang tak ada perasaan, takkan nak minta cuti 2 hari tengok mak pun susah?'
Malangnya, majikan kepada Hanafie tidak membenarkan dia berbuat demikian kerana Hanafie baru saja bekerja dan menganggap pembedahan mata ibu pekerjanya itu bukan masalah serius sehingga perlu mengambil cuti.
Keengganan majikan memberi keizinan untuk bercuti membuatkan Hanafie rasa terkilan, lebih-lebih lagi apabila majikannya berkata pembedahan mata ibunya tidak serius.
"Banyaklah kau tak serius. Ibu aku, dia ada diabetes. Saraf mata rosak. Kalau operation 50//50.
"Bos yang tak ada perasaan. Tak kisahlah baru kerja ke tak, soalnya itu ibu kandung aku kot? 9 bulan dia mengandungkan aku, takkan nak minta cuti dua hari tengok dia je susah?" tulisnya yang berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp di Twitter.
Difahamkan, tarikh pembedahan mata ibunya telah dipinda dari tarikh sebenar menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti kecemasan.
"Patutnya tarikh bedah itu lambat lagi. Tapi saya ambil cuti awal sebab doktor ubah tarikh awal jadi saya nak ambil cuti emergency. Bahasa saya guna dah baik rasanya tapi tak apalah, bila bekerja dengan orang biasalah, itu hak dia yang tentukanm," jelasnya.
Ada netizen yang menasihatkan agar Hanafie teruskan saja bercuti walaupun tidak diberi keizinan. Paling tidak pun, tindakan ingkar seperti itu akan diberi surat amaran sahaja.
Ada segelintir pula yang mendakwa mungkin Hanafie tidak memberi penjelasan yang lengkap kepada majikan. Namun Hanafie berkata, dia telah memberi penjelasan dari A-Z kepada majikan.
Tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan caranya memuat naik perkara itu di media sosial di mana tindakan itu adalah tidak profesional.
Cuti je.. Paling tak pon dy bg warning letters je.. Kali ke3 buat hal bru kena buang. Moga mak baik2 aje— . (@Cik_sueriya_mk) January 27, 2019
Mungkin sepenuhnya bukan salah boss u. U sebut operation mata je. U tak explain part diabetes and part chances operation 50/50. Maybe dia ingat operation mata tu utk yg LASIK eye surgery. (Which is for beauty purposes) Thats why dia tak faham.— Z (@xzayrazeex) January 27, 2019
Selagi tidak buka aib dia ..pos gmbar dia tidak mengaibkan dia sahabt..nama sy hide kan di atas.. sy post sebab sy nak orang tahu bos mcm ni tak layak di paggil bos..☺️— Hanafie_ganu (@Hanafie961) January 27, 2019
"Saya dah explain A-Z masa jumpa dia. Dia jenis hati batu tak nak bagi saya cuti. Dia cakap tak payah dulu. Saya nak cakap apa? Saya bukan bos.
"Selagi tak buka aibdia, post gambar dia tak mengaibkan dia. Nama dia, saya hidekan di atas. Saya post sebab saya nak orang tahu bos seperti itu tidak layak dipanggil bos," katanya.
Sumber: Hanafie
Post a Comment