(Video) 'Bukan pokok petai menangis, sebenarnya air kencing Riang-riang'


Baru-baru ini media tempatan melaporkan berlakunya fenomena ganjil di mana pokok petai 'menangis'. 

Menurut laporan Astro Awani, kejadian itu berlaku di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu, di mana sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu. 

Menurut penduduk, pokok petai itu mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas maghrib hingga Subuh. 

Fenomena itu menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang membawa baldi untuk menadah air tersebut. 




Penduduk kampung, Khaidin Razali, berkata, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai itu bersifat jernih dan berbau buah petai. 

"Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat," katanya. 

Bagaimanapun, ada individu mendakwa air tersebut bukanlah air dari pokok petai menangis. Sebaliknya air kencing serangga yang dikenali sebagai riang-riang. 

"Air yang disangka air mata dari pokok petai tersebut sebenarnya adalah air yang terhasil dari air kencing riang-riang yang sedang bertenggek secara berjemaah di atas pokok tersebut," kata Wat Kamal Abas. 

Beliau turut memuat naik video yang jelas menunjukkan serangga itu dengan riang rianya kencing secara berjemaah di atas pokok. 



"Bagaimana eh perasaan orang yang telah basahkan wajahnya dalam video pertama apabila dapat tahu fakta yang benar itu nanti?" soalnya. 

No comments