'Saya minta maaf, saya menyesal dengan apa yang berlaku' - Pemandu Toyota Vios
Pemandu Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kereta rakannya terjatuh ke dalam laut, memohon maaf kepada semua pihak dengan apa yang telah berlaku.
Lelaki berusia 21 tahun, anak sulung dari tiga beradik itu menangis sebaik ditanya mengenai kejadian itu dan berulang kali memohon maaf.
Lapor Harian Metro, pemandu Toyota Vios itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut, berdepan dengan hukuman penjara dua hingga 10 tahun, dan denda antara RM5,000 dan RM20,000 jika sabit kesalahan.
"Dia juga rakan kepada mendiang Moey Yun Peng, 20, dan sudah setahun mengenali antara satu sama lain.
"Sejurus dirawat dan mengetahui rakannya meninggal dunia, dia sugul dan sedih dengan berita itu," kata sumber Harian Metro.
Suspek semalam datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai pada jam 2 pagi kelmarin.
Setelah diambil keterangan lebih 17 jam, suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6.45 petang pada hari yang sama.
Post a Comment