'Dah siap buat 500 pcs cupcakes, tiba-tiba client cancel' - Peniaga kesal dianiaya pelanggan tak bertanggungjawab


Apabila melakukan urusniaga, hendaklah diingatkan bahawa, hormati masa orang dan patuh pada persetujuan yang telah dibincangkan bersama peniaga. Bukan sewenang-wenangnya mengubah itu ini pada saat-saat akhir. 

Tindakan tidak bertanggungjawab pelanggan ini yang tidak serius, apatah lagi menghormati masa orang lain telah menyebabkan peniaga kek cawan ini hampir mengalami kerugian besar. 

Meskipun orang selalu kata "Customer always right", sila meninggal. Sebab apa? Kalau dah menyusahkan orang macam ni, takdenya customer always right. Ini menganiaya orang namanya. Semoga menjadi pengajaran kepada para peniaga agar tidak berurusan dengan pelanggan seperti ini. 


APA aku nak buat dengan 500 pieces cupcake ini?! Ya Allah, apa dugaan di pagi hari ini. Thread ini bukan marketing dan bukan untuk aibkan sesiapa tetapi nak bagi pengajaran! 

Last minute. Selasa, client datang ambil sample custom cupcake with custom box. Then dia kata confirm 500 pieces cupcake. Boleh proceed. 


Ini sample yang dia ambil. Thendia cakap confirm 500 pieces ambil dengan Sugar Candy. Event Jumaat ini which is jam 9 pagi esok dan dia minta hantar invoice. Dah hantar, due date 16 Januari untuk settlekan payment.

Tetapi dah menjelang jam 12 tengah hari semalam pun masih belum dapat payment. Memang polisi kalau tak buat payment, kita tak akan proceed order. Jam 2 petang, kita follow up lagi jadi ke tidak nak order. Dia kata okey. Sebab masa dah suntuk, kena siapkan by today, production 500 pieces dah jalan. 

Jam 4 petang I WhatsApp lagi, tanya macam mana. Dia kata confirm. Tapi confirm with different price. What the? Like seriously? Dia dah confirm dengan quotation kita bagi, sample pun dah bagi, dia suruh proceed dan kata confirm. Tapi tiba-tiba WhatsApp nak bayar kurang RM1 per pieces? What?! Scammer! 


Kita kata mana boleh macam tu. Dah confirm dengan harga asal, production pun dah separuh jalan, tiba-tiba jam 4 petang nak minta tukar harga. I dah stopkan production dan jam 7 petang pun masih tak ada confirmation tentang 500 pieces cupcakes ini. Still nak harga kurang RM1 each. 

Kemudian dia call dan kita kata last price untuk kita proceed adalah RM9.20 tetapi kena buat payment sebelum jam 9 malam. Kalau tak buat payment, kita takkan proceed anything pun. Dia kata okey. 

Tetapi jam 8 malam, dia kata nak proceed payment esok sebab accountant dan office semua dah tutup. What?!

Sebab dia cakap nak bayar hari ini, then I stop everything 100% dari cupcake, kotak, printing, edible print semua sebab tak ikut polisi kita dan memang tak akan proceed. Dah siap dalam 100 pieces cupcakes. Tak apalah, boleh la jual lagi 2 3 hari ini. 

Kemudian I cakap dengan dia yang memang kita tak boleh ambil job ini. I dah stop all production. Semua team I hold kerja lain untuk tunggu jawapan dia nak proceed 500 pieces kerja ini ke tak. Tapi dah lewat sangat, I dah suruh baker and team semua balik. Tiba-tiba jam 9.36 malam dia boleh pula buat payment? What?!


I dah cakap, memang kita akan buat full refund sebab memang takkan sempat siap 500 pieces within 12 hours. Banyak lagi job lain yang orang dah bayar kita kena siapkan. Takkan nak abaikan yang lain nak fokus kerja dia saja? Maigod. Tapi dia masih merayu untuk kita buat juga untuk dia 500 pieces. 



Selepas berbincang dengan supplier edible dan nak tolong dia punya pasal, supplier kata boleh siap hari ini dan kita pun dengan baik hatinya, akhirnya setuju untuk siapkan 500 pieces itu hari ini. 


I dengan wife patah balik ke kedai jam 12 pagi. Bawa Yusuf sekali sebab dah seharian tak spend time dengan dia. Semalaman tak tidur nak siapkan 500 pieces cupcake dia itu punya pasal. Balik rumah jam 8 pagi. Tengah baring nak rehat sekejap. 


Tiba-tiba! Pagi tadi cakap ada supplier lain buat 500 pieces cupcake dia itu. Ya rabbi, apa ni?? Kau ingat main game? Buat magic ke sebut je cupcake terus cupcake itu siap? Ingat orang punya masa nak layan kau saja? Aku pun tak ada masa dengan anak-anak aku, tak tidur malam buat kerja kau, tiba-tiba pagi ini nak cancel? 


Sebelum banyak lagi drama yang dia akan buat, I bincang dengan wife. Selepas fikir faktor kualiti barang, masa, tenaga, emosi dan duit, malas nak pening kepala. Nanti sebab nak siap cepat, barang tak okay, nama Sugar Candy juga yang teruk. Jadi, kita bagi full refund semuanya terus. Settle! 

Barai-barai, inilah hasilnya. Bertabahlah. 500 pieces ini rezeki orang lain rasanya. Mungkin ada event ke, birthday ke, wedding ke weekend ini nak buat door gift ke. Roger-rogerlah. 



Difahamkan, sebahagian cupcakes itu telah disumbangkan kepada masjid dan surau, manakala sebahagian lagi telah dibeli oleh netizen yang prihatin selepas tweet itu viral. 

Sumber: @megatAD

No comments