'Mandi wajib kat surau ka pas berjimak dengan jantan lain' - Padah muat naik komen negatif, lelaki ini dikecam teruk oleh netizen
Rata-rata netizen di media sosial menarik nafas lega apabila ustazah itu berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Namun ada seorang individu memuat naik komen yang menimbulkan kemarahan netizen.
Raheimi Saad memuat naik kenyataan berikut:
"Yang duk fitnah ustazah ini berzina, duk curang, mulut itu jaga sikit. Jangan sampai bini korang pula yang jadi macam tu. Melayu punya bawang tak padan dengan muka pecah," kata netizen yang lain.
Ekoran dikecam teruk oleh netizen, Raheimi Saad tampil memohon maaf kepada keluarga Ustazah Farhana.
"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Ustazah Farhana atas kebiadaban komen saya di Facebook Sinar Harian, Harian Metro dan lain-lain jika ada.
"Saya seorang yang naif dan bertindak mengikut perasaan serta mengalami tekanan jiwa secara melulu membuat komen kepada pihak tuan/puan.
"Sekiranya perlu, saya akan berjumpa dengan pihak keluarga puan untuk memohon maaf secara berdepan. Terima kasih dan mohon maaf," katanya.
Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahkan media sosial dengan tujuan sengaja menyakiti hati dan mengaibkan individu lain. Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tuan empunya badan membuat laporan polis dan membawa kes itu ke mahkamah.
Post a Comment