'Berjam-jam tunggu customer tak muncul, staff terpaksa bayar RM161.40' - Kakitangan Secret Recipe dianiaya pelanggan
Berperwatakan alim, namun tergamak mencipta alasan dan mempergunakan darah dagingnya sendiri untuk 'makan free'. Akibatnya, kakitangan restoran itu terpaksa membayar kerugian tersebut.
PERKARA yang selalu terjadi pada kakitangan Secret Recipe.
Adik-adik cakap customer ini pakai purdah, husband pula berkopiah. Masa nak buat pembayaran, customer ini kata dia tak ada cash. Lalu dia kata nak pergi ke ATM keluarkan duit
Adik-adik ini pun kata di sini terima pembayaran menggunakan kad debit. Tetapi customer ini degil dan bagi bermacam-macam alasan untuk pergi ke ATM juga untuk keluarkan duit dan sementara itu dia tinggalkan anak dia.
Adik-adik ini percayalah. Sekali bila masing-masing sedang buat kerja, budak itu pun hilang. Sampai berjam-jam lamanya customer itu tak muncul semula untuk buat pembayaran.
Mulia lagi orang yang berambut perang berbanding orang yang menutup aurat ini. Staff Secret Recipe kena bayar sebab Secret Recipe bukan mamak yang customernya lari boleh lupa macam itu saja.
Kalau kau fikir kau Islam, kau datanglah bayar semula. Aku pun tak perfect.
ingatkan org2 cmtuh adab je xda! rupanya perangai serupa syaiton. bwk ank bini mkn pastu lari nk jd apa??? seharian punya kerja kena bayar gitu ja 😑 pic.twitter.com/8UkMLPZjnF— mie (@emieyyy) December 30, 2018
Sementara itu di media sosial, beberapa netizen juga berkongsikan pengalaman sama dan tiada pilihan lain di mana mereka juga terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
Ya allahh pernah kena dulu dekat Tony Roma's. KAU BAYANGKAN DIA MAKAN STEAK DENGAN AIR DIA DESIGNATED DRINKS. ARRGHH MENANGIS KITORANG KUMPUL DUIT NAK BAYAR 200++— Nxzifaa (@Geeeee_fa) January 1, 2019
Penah kene kat paparich cyber outlet penuh than customer blaaa macam tu je. Mampos menjawap dengan manager. Suka betul buat keje &makan benda haram. Lepas tu susah kan orang.— eyla🌼 (@n_fazielaaa) December 31, 2018
Sumber: SR Ika
Post a Comment