'Sampai terkoyak kuku!' - Warga emas dan cucu cedera ketika cuba leraikan kucing bergaduh


"Ya Allah, seriau tengok jari nenek tu!" itu reaksi netizen melihat kecederaan yang dialami seorang wanita warga emas selepas cuba meleraikan kucing bergaduh. 

Difahamkan, kejadian berlaku apabila cucu kepada warga emas berkenaan cuba meleraikan kucing bergaduh. Namun keadaan menjadi semakin teruk apabila salah seekor kucing terbabit menerkam dan menggigit dadanya.

"Kucing itu terkam saya dan gigit dada saya. Taring dia betul-betul mencengkam di dada," katanya. 

Melihat kejadian itu, warga emas berkenaan cuba membantu cucunya, namun turut menjadi mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di ibu jari tangan kiri. 

"Nenek nak tolong saya tetapi dengan nenek sekali kena. Kucing yang menyerang saya itu buta, mungkin dia rasa terancam lalu menyerang saya. Dia ingat saya ini kucing lain yang nak menyerang dia," katanya. 



Justeru, mangsa menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila cuba meleraikan kucing-kucing yang sedang bergaduh. 

No comments