'Lantak dia la, sape suruh dia bagi (dara) kat aku' - Semua lelaki patut baca ini terutama mereka yang pernah rosakkan anak dara orang
Foto Hiasan |
Apabila bercinta, usahlah berikan segala-galanya kerana kita sendiri belum pasti apakah hubungan cinta yang dibina itu akan berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan. Sebaik-baiknya, jagalah maruah diri dan jangan terikut dengan nafsu dan pujuk rayu pasangan. Jika pasangan sudah merayu mahukan 'itu', tinggalkan saja. Tiada gunanya bersama.
Bagi yang pernah melaluinya, pastinya rasa menyesal dipergunakan oleh pasangan. Hendak dirahsiakan pengalaman hitam itu, tetapi di bila tiba harinya nanti, terpaksa juga mengaku pada bakal suami atau suami bahawa diri sudah tiada dara. Pernah si lelaki yang merosakkan anak dara orang memikir semua kesan-kesan ini?
Semoga perkongsian dari wanita ini membuka mata anda khususnya golongan wanita, jangan mudah memberi dan kepada yang lelaki, jangan rosakkan anak dara orang. Kelak berlaku pada ahli keluarga sendiri, binasa jawabnya.
AKU rasa semua lelaki patut baca ini. Especially mereka yang pernah rosakkan anak dara orang. Ini adalah thread.
Mungkin kau tak rasa apa-apa selepas kau dump perempuan yang kau pernah tidur sekali. Tapi pernah kau fikir apa yang akan terjadi pada perempuan itu nanti? Kalau jawapan kau, "lantak dia la, siapa suruh dia yang nak bagi dekat aku", haha, mari aku bagi dekat kau full explaination kenapa kau patut minta maaf pada perempuan yang kau pernah rosakkan dan bertanggungjawab terhadap perempuan itu.
Pernah kau terfikir sebelum kau merosakkan dia, dia tak pernah pun tahu apa itu seks? Pernah kau terfikir dia beri semua benda dekat kau sebab dia naif dan tidak tahu yang perkara itu bukan satu-satunya cara untuk menunjukkan kasih sayang dia?
Pernah kau terfikir kalau kau yang tak mulakan dulu, dia takkan beri dara dia pada kau? Kalau kau cakap dia sepatutnya menggunakan otak dia, kau bodoh. Kalau kau cakap "perempuan baik takkan buat macam tu, tu maknanya dia tak baik," maka kaulah manusia yang paling bangang.
Kalau kau guna ayat manis, ayat cinta, kau cakap kau tak boleh hidup tanpa dia, kau rasa masa itu otak dia boleh berfungsi dengan baik ke? Cinta itu buta, syaitan itu merata-rata untuk menghasut. Ayat manis + nafsu + hasutan syaitan = bad judgement.
Percayalah, sedangkan wanita alim pun boleh tumpas, inikan pula gadis biasa yang dibesarkan oleh keluarga biasa? Kau tiduri dia, kau rampas dara dia. Kau cakap "perempuan tanpa dara takkan laku".
Habis tu, kau masih ada teruna? Wwalaupun kesan fizikal tiada, walaupun bakal isteri kau tak boleh bezakan kau teruna ke tak, tetapi diri kau tahu. Kau tahu kau pernah rosakkan seorang perempuan dalam hidup kau.
Pernah kau terfikir bagaimana perempuan itu hidup selepas kau dump dia? Macam mana perempuan itu akan berhadapan dengan bakal suami dia, macam mana perempuan itu akan beritahu suami dia yang dia sudah tiada dara?
Bayangkan kalau semua benda itu berlaku pada mak, kakak atau adik kau atau bakal isteri kau sendiri. Apa yang kau rasa? Apa yang kau rasa bila seorang lelaki rosakkan adik kau, lepas itu buang dia macam sampah?
Apa kau rasa bila kau tidur dengan wife kau, selepas itu kau dapat tahu lelaki lain pernah buat benda yang sama pada wife kau?
Kalau niat kau masa kau meniduri perempuan itu cuma untuk suka-suka dan sebelum kau meniduri dia, kau berjanji kau akan menjaga dia sampai bila-bila, kau penipu. Kau lagi hina dari binatang. Taraf kau lagi hina dari seorang perogol.
Memanipulasikan seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia dan selepas itu kau mencari perempuan lain untuk dijadikan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.
Untuk perempuan di luar sana, ini untuk kau:
Jaga diri sendiri, jangan terlalu hanyu bercinta sampai kau serahkan semuanya. Simpan untuk yang layak. Kau akan lebih bahagia nanti.
Sumber: Wienanazz
Post a Comment