'Buat logo sambil hisap gam agaknya' - Netizen dakwa logo Visit Malaysia 2020 buruk dan ini respon Menteri Pelancongan
Viral di media sosial logo Visit Malaysia 2020 yang didakwa kelihatan buruk dan nampak tidak profesional serta 'pereka' logo berkenaan seperti ketandusan idea.
"Buat logo sambil hisap gam agaknya designer ni. Dengan orang utan, monyet belanda, dengan penyu-penyu sekali dia bagi spek.
"Alang-alang nak buat funny tu, bagilah pokok kelapa dengan KLCC pakai spek sekali," tulis Hasrul Rizwan di Twitternya.
"Ramai tak puas hati logo Visit Malaysia 2020 macam tahun 1901 zaman perang Jepun. Aku pun buatlah satu logo dalam masa 30 minit sebagai tanda protes.
"Aku rasa Kementerian Pelancongan boleh upah ramai lagi graphic designer yang power. Diorang ambil mudah benda ini. Geram aku tengok," tulis Muhammad Hidayatullah.
Selepas dikecam teruk di media sosial, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tampil memberikan penjelasan mengenai logo tersebut.
"Kritikan itu adalah perkara biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan semua orang memuji logo itu. Ianya untuk pelancong asing, bukan untuk kegunaan dalam negara, saya tidak kisah.
"Di Chiang Mai, kami menerima respon yang cukup baik kerana mereka tidak pernah melihat logo itu sebelum ini. Berbeza pula dengan rakyat Malaysia yang pernah melihatnya.
"Saya tidak akan tukar. Saya telah lancar dan rasmikannya. Logo ini akan digunakan untuk dunia, hanya satu-satunya," katanya memetik dari laporan OhBulan!.
Dalam kenyataan yang sama, Nazri menafikan pihaknya menggunakan perkhidmatan pihak luar untuk mereka logo berkenaan. Beliau berkata, logo itu direka sendiri oleh kakitangannya.
"Kami tidak menggunakan khidmat pihak luar dan tidak habiskan sesen pun. Semuanya dibuat secara dalaman oleh staf kami. Saya percaya kepada staff saya sendiri dari menghabiskan ratusan ribu ringgit kepada orang luar.
"Ianya percuma kerana pereka grafik adalah salah seorang daripada staf kami," katanya.
Post a Comment