Kanak-kanak 9 tahun dipukul sehingga mati kerana hilangkan telefon bimbit ibunya


Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dipukul oleh ibunya selama lima jam sehingga mati kerana menghilangkan telefon bimbitnya. 

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang dikenali sebagai Ming Ming, diikat pada kerusi dan dipukul dengan kayu rotan dari jam enam petang ke 11 malam pada 5 Januari lalu. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Ming Ming dilihat memegang sebuah telefon bimbit ketika masuk ke dalam lif untuk turun ke tingkat bawah di kediaman mereka di Taizhou, wilayah Zhejiang. 

Kira-kira jam tiga petang, Ming Ming dilihat sedang mencari sesuatu di sekitar taman sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kehilangan telefon itu ketika dia sedang bermain salji. 

Telefon yang tidak dimasukkan kad sim itu menyukarkan lagi usaha mencari peranti berkenaan. 

Ibunya, Chen, berang apabila mengetahui telefon bimbitnya hilang lalu mengikat mangsa di kerusi dengan kain pembalut luka dan memukulnya dengan rotan dari jam enam hingga 11 malam. Chen juga menutup mulut mangsa agar jiran-jiran berhampiran tidak mendengar tangisan dan jeritan mangsa. 

Bagaimanapun ketika dalam perbicaraan di mahkamah, Chen menafikan yang dia tidak memukul Ming Ming berterusan selama lima jam. Sebaliknya dia hanya tidak memberi anaknya makan dan hanya memberi sedikit air untuk diminumnya sahaja. 

Chen berkata, dia juga menidurkan anaknya dan mangsa berkata dia tidak mahu berjumpa dengan ibunya lalu sebelum Chen berlalu pergi. 

Pada keesokan harinya, Chen menemui mangsa terbaring di lantai dan menghubungi paramedik yang mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.


Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat yang kemudian mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala, kaki dan punggung. Malah di tangannya juga terdapat kesan calar dan lebam. 

Chen kemudian ditahan pada 11 Januari, tiga hari selepas telefon bimbitnya ditemui semula. Polis juga sedang menyiasat punca sebenar kematian Ming Ming. 

Sumber: Daily Mail

No comments