'Dah tua-tua pun gedik, jadi pengacara cjwowshop pun jadilah dari takde job kan' - Berang dihina, Rita Rudaini balas mesej lelaki biadab ini


Pelakon Rita Rudaini hari ini memuat naik mesej yang diterimanya dari seorang individu, 'Mr Shark', yang menghina dirinya tua dan gedik ketika mengacarakan program CJ WOW Shop. 

"Dah tua-tua pun gedik. Jadi pengacara CJ WOW Shop pun jadilah dari tak ada job, kan." tulis Mr Shark. 

Kesal dengan mesej yang dianggap biadab dan menghina itu, Rita membalas mesej lelaki berkenaan. 

"Alhamdulillah dapat payment berpuluh-puluh ribu walaupun muncul seminggu sekali. Rezeki anak-anak. Rezeki Allah di mana-mana. 

"Kau? Mesti kena kerja teruk hari-hari kan? Tapi gaji kau setahun belum tentu boleh sama macam payment aku minggu-minggu. 

"Sorry, aku bukan berniat nak cakap kasar dengan kau tetapi orang macam kau ini memang sesuai cakap macam ni. Orang macam kau yang tak percaya rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana. 

"Biarlah aku nak gedik ke apa ke, bukan aku melacur cari makan untuk anak-anak. Sebelum kau nak cakap dengan aku, better kau istigfar dan ingat Allah dulu," balas Rita. 


Sementara itu pada kapsyen gambar tersebut, Rita menjelaskan dia tidak faham mengapa lelaki terbabit menghantar mesej seperti itu sedangkan dia tidak mengenali lelaki itu. 

"Saya tidak faham dengan orang seperti ini. Saya tak kenal dia dan dia pun tak pernah jumpa saya. Tapi kenapa dia sakit hati sangat dengan saya? Kenapa? 

"Saya tiada niat nak bercakap kasar dengan dia dan perli rezeki dia tetapi saya kena cakap juga dengan orang seperti dia yang tidak sesuai cakap baik-baik," katanya yang sudah lama menahan sabar dengan manusia-manusia berhati busuk. 

Menurut Rita, dia tidak suka apabila ada individu yang mempertikaikan rezeki yang dia cari untuk anak-anaknya. 

"So keji ke jadi pengacara? Hina sangat ke pengacara? Salah ke saya tua? Mak bapak dia tak tua? Dia sendiri takkan tua? 

"Sorrylah, saya benci dan meluat dengna manusia-manusia seperti ini. Sekarang ini ramai sangat manusia berhati busuk.  Dia makan apa sampai hati jadi hitam sangat nak dengki dengan hidup orang yang dia tak pernah kenal pun.


"Mak bapak dia mesti suap benda-benda yang baik dalam mulut dia masa dia kecil dulu. Tetapi bila dah besar entah apa dia mentedarah sampai jadi bangang begini. 

"Mr Shark, pergi minum racun rumput + klorox untuk bersihkan hati yang hitam itu. Saya tak kenal dia dan dia pun tak kenal saya. Tak rugi jadi baik, tak susah pun jadi baik. 

"Saya (sengaja) tag nama dia sebab saya nak beri pengajaran kepada orang lain juga. Jangan busuk hati dengan manusia lain. Rezeki Allah dah bagi elok dah pada masing-masing," katanya. 

Sementara itu di ruangan komen, para peminatnya meminta Rita bersabar dan mengabaikan saja individu berhati busuk dan hitam itu kerana tiada faedah melayan orang sepertinya. 

No comments