Ini caranya nak dapatkan kulit flawless dengan hanya menggunakan produk skincare dari Watson
Jika anda mengalami masalah kulit muka berminyak, berjerawat bagai dan sudah puas mencuba pelbagai produk penjagaan kulit muka tetapi malangnya tiada satu pun yang membantu mengatasi masalah itu, mungkin anda boleh cuba mempertimbangkan untuk menggamalkan tips dari wanita ini.
Menurut Ana Misman, kesemua produk penjagaan kulit muka yang dibelinya dari Watson ini di bawah harga RM200. Murah bukan? Bukan sahaja murah tetapi selamat untuk digunakan dan yang paling pentingnya ada kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
SEJAK Syafiqah Aina keluarkan produk serum dia itu, ramai gila yang beli. Tahukah anda bahawa, drugstore skincare product sebenarnya ada yang lebih bagus dari local skincare? Here the thread how I can get flawless skin only using drugstore skincare (Watson).
Left before, right after. Yup, both are with makeup. Punyalah mengerutu muka dulu sampai parut jerawat dan parut langsung tak boleh tutup. Tak ada edit.
I bought all of this not more than RM200 di Watson for sure boleh guna dalam dua bulan. Maksudnya, you hanya perlu spend dalam RM100 only sebulan untuk skincare.
Credit skincare routine: IG @keensalleh. I belajar pakai drugstroe skincare dari dia dan sangat-sangat berkesan serta satisfying nak mati.
Secara jujurnya, saya sudah cuba bermacam-macam produk untuk bersihkan balik muka sebab I practical as a qs, so banyak kerja under matahari. Setiap hari I boleh cakap ada saja jerawat dan saya penat nak cuci muka saya serta malas nak jaga muka sebab balik kerja saja, penat.
Kemudian saya mengambil keputusan untuk belanjakan RM2,000 pergi Bella Clinic menggunakan duit saya sendiri dan disebabkan itu saya menyesal gila sampai sekarang. Tak tahu kenapa, mungkin sebab muka saya tak sesuai dengan produk atau rawatan mereka. I buat peeling sebab scar I pun banyak sangat.
I beli produk mereka seperti yang mereka sarankan. Tetapi masih tak sesuai juga. Muka I masih juga breakout. Sampai mereka macam dah berputus asa nak rawat kulit muka I.
Ini ha, I beli serum dan sunblock saja. Mahal teruk! I can't afford that anymore. I'm young and broke.
Okay, let's started. First of all I akan buang semua makeup dengan makeup remover. Then pergi toilet cuci muka using pond acne clear. I beli yang kecil, bimbang kalau tak sesuai. Tetapi it is f*cking legit. Muka soft gila selepas pakai. Yang kecil not more than RM10. Affordable.
Then after cuci muka, I scrub my face using St. Ives Apricot Scrub. I forgot the price but not more than RM20 yang besar. This one I cannotlah. Best teruk! Scar I pudar sikit and I can see the different every f*cking day.
Okey, selepas cuci muka, lap bersih-bersih, pakai mask from Freeman dalam 5-10 minit. Dia ada manuka honey + tea tree oil. Okay, lupa mention yang my skin type: Oily Face. And mostly product I pilih untuk kurangkan oil. This one worth to buy.
And selepas pakai mask, cuci muka, then I akan sapu cocoa butter formula dekat scars. And ponds acne clear dekat jerawat baru nak naik. The result, esok I bangun, jerawat kecut sikit (tak kecut habis) and second day baru kecut habis. And dia kecut tak hilangkan scar. The best!
Okay, untuk start makeup. I tak pakai banyak sangat sebab I selalu rushing (memang dari kecil asyik rushing nak pergi ke mana-mana). So I tak tepek banyak-banyak before makeup. I cuma pakai moisturiser dari Neutogena and sunblock (wajib) dari Biore. Pastu applylah makeup.
For thos who keep asking me am I still makan jemaima whitening pills, yes! Tak tahu kenapa I tak boleh move on dari Jemaima. I makan local supplement sebab I tak tahu mana nak cari supplement yang bagus. RM65 sebulan.
My honest review for jemaima. It helps a lot duirng my recovering. I kerja di site, tak payah pakai sunblock. Sun burn sikit sangat-sangat. Sampai engineer tanya I pakai apa eh tak sunburn? I diam saja, malu nak cakap. I selalu akan berithau apa yang best, apa yang tak best.
And of course from my previous thread I ada cerita macam-macam produk I pakai dan ramai juga kata kasihan tubuh badan I pakai dan makan macam-macam. I sihat, terima kasih sebab ambil berat.
Untuk semua drugstore skincare ini boleh jumpa di mana-mana Watson atau Guardina. And untuk supplement jemaima, boleh carai di mana-mana trusted ejen atau boleh terus pergi order di Twitter @arbeauty_ atau Instagram @ar_beautyy sebab I beli di situ almost setahun. Best service.
Good luck semua! kalau muka licin mesti confident saja nak pergi ke mana-mana. And of course boleh pakai less makeup agar mukta tak rosak sangat. Good luck all the best. Kalau tak okey juga, carilah produk yang okay lagi. Beauty is pain, bukan senang nak cantik.
Dan kalau boleh berhenti guna local skincare. Muka I dah banyak kali breakout disebabkan menggunakan produk local skincare.
Sumber: Ana Misman
Post a Comment