'Kau ingat aku takut polis ke s*al? Kau tunggu aku trace kau' - Diugut bunuh kerana left group WhatsApp Mobile Legend


Viral di media sosial gambar-gambar screenshot perbualan seorang individu  mendakwa dia telah diugut oleh lelaki yang berang dengan tindakannya keluar dari group Mobile Legend di aplikasi WhatsApp. 

Berdasarkan gambar-gambar berkenaan, suspek yang dianggarkan berusia 22 tahun itu terdahulu memarahi mangsa kerana meninggalkan group yang dibuatnya sesuka hati. 

"Kau masuk group aku, pastu main left-lefit. Otak kau kat mana? Lain kali jangan komen kalau tau diri tu kaki left. Sial!" kata suspek. 

"Yang kau nak koyak kenapa eh?" balas mangsa bersama emoticon gelak terguling-guling. 

"Menyusahkan orang. Kau tunggu balasan kau. Nak main dengan budak 22 tahun.  Kau tunggu aku trace kau," ugut suspek menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. 

"Report polis? Pergi mampos. Kau ingat aku takut polis ke sial? keluarga aku ramai yang kaya-kaya, pangkat Dato', Ahli Parlimen, ada yang kerja di stesen TV3, NT7. So kau ingat aku nak takut kat polis ke? Kau silap orang la kalau ingat aku takut," kata suspek. 

"So kau mencarut-carut kat sini dapat apa?" soal mangsa yang masih tidak faham apa tujuan suspek menghubunginya. 


"Dapat apa? Aku nak nyawa kau. Kau tunggu aku trace kau. Aku kaki hackers. Kau tunggu. Budak-budak motor aku ada depan rumah kau. Nak main gila, aku bawa 400 orang je," kata suspek. 

"Umur 22 tahun pun otak macam budak terencat," balas mangsa yang membuatkan suspek berang dan sekali mengugut mahu membunuh mangsa. 

"Terencat? Kau pun nak jadi macam dalam TV tu? Budak sekolah kena bunuh sebab cari pasal. Kau tunggu, kejap lagi aku ss alamat kau. Aku guna iPhone, so senang aku trace kau. Jaga mak ayah kau, jangan disebabkan kau, kau hilang mak ayah kau. 

"Mana polis kau sial? Tangkap aku sekarang. Reportlah, tadi nak sangat. Pergilah report sial. Jangan sampai aku bunuh keluarga kau hidup-hidup. Kau tak payah cakap banyak sial. Tunggu, ayah atau mak kau dalam mata aku. Wait and see. Aku akan buat kau menyesal," katanya. 












Menurut sumber, suspek telah meminta maaf dan mengatakan segala perbualannya bersama dengan mangsa hanyalah gurauan sahaja. Malah dia juga berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 

"First just gurau. Second saya dah minta maaf, dah janji takkan buat lagi," katanya selepas dihubungi individu yang mengaku dirinya dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

No comments