Aprtment Perdana Blok 4

Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih kepada admin sekiranya publish cerita ni. Nama aku Nurul. Setelah membaca kisah Pangsapuri Perdana Seksyen 13 – Kerusi rotan tu, aku rasa macam tertarik pulak nak kongsikan cerita aku di pangsapuri yang sama. Bukan sahaja pangsapuri yang sama, blok pun sama. Ya Blok 4, Pangsapuri Perdana. Cuba dalam kisah Kerusi Rotan itu, mereka duduk di tingkat atas sekali iaitu tingkat 5, manakala kisah aku di tingkat 4.

2016, ya kami pelajar Politeknik Shah Alam semester 2 mendapat rumah sewa di situ. B4-4-2* . Rumah menghadap bangunan Hasil .
Maaf sekiranya cerita ni tak seram . Ini hanya pengalaman.

Pada awalnya selepas membayar deposit, kami masuk ke rumah yang kami sewa itu. Ya, rumah baru renovate, sangat cantik dan selesa. Rupanya kami penghuni pertama setelah rumah itu di renovate dan rasanya rumah itu sudah lama kosong. Dengan sewa bulanan RM1300. Rumah itu, ada 3 bilik dan 2 bilik air.

Awalnya, rumah itu biasa saje. Seronok dapat duduk rumah dengan kawan² sekelas. Kami berpindah sebelum pulang ke kampung untuk cuti semester.

Misteri pertama, salah seorang daripada kami mendapat mimpi. Mimpi menyusukan bayi di rumah itu. Ok macam pelik, tapi kami cuma positifkan sahaja. Tidak mahu fikirkan yang bukan². Setelah itu, salah seorang dari kami juga, mendapat mimpi bermain dengan budak kecil di rumah itu. Mula bayi, then budak kecil. Ok macam ‘something’ je kan .

Makin lama, rumah yang kami duduk itu makin rasa bahang semacam. Even dah mandi, rasa berpeluh lagi. Setiap hari. Tak tahulah kenapa. Mungkin nak suruh pasang aircond kot. Hahaha. And makin lama kami rasa seperti diganggu. Aku tak berapa ingat gangguan mana yang kami dapat dulu. Tapi aku akan ceritakan setiap gangguan.

Disebabkan rumah itu ‘bahang’, so ada yang tidur di ruang tamu. Satu malam tu, seorang kawan kami yang tidur di ruang tamu terjaga. Dan tiba² terpandang di pintu utama kami. Dia macam ternampak susuk tubuh wanita berdiri disitu dalam gelap. Bila cuba fokuskan kepada wanita itu, kelihatan dia seperti memakai kebaya. Dan keesokan harinya, dia menceritakannya. Dan kami memutuskan untuk buka lampu toilet waktu malam. Supaya tidak gelap satu rumah.

Next, haa kawan lagi sorang . Dapat mimpi lagi ! Dalam mimpi tu, dia kata ada orang ketuk pintu. Then terfikir, siapa yang tak balik lagi. Semua dh kat rumah. Then dia pergi buka pintu tu. And ketika itu, ada seorang wanita dan anaknya masuk ke rumah. Mimpi tu pelik sangat. Sebab tak kenal siapa then terus masuk. Bila dh masuk rumah, kawan terus terjaga dari tidur.

Ok next kisahnya, kawan kami ada kerja part time di giant sebelah apartment tu. Balik pukol 10 macam tu. Then dia balik naik lift. Sementara tunggu lift tu, mata dia melilau tengok kawasan situ. Tiba² terpandang sesuatu warna putih kat celah kereta di carpark. Rupanya yang dilihatnya adalah pocong bertubuh kecil. Tapi kawan tak lari, dia lawan rasa takut tu, naik lift masuk rumah. And tak bercerita apa².

Risau ada yang takut. Kedudukan pintu dalam rumah kami, sliding door dan pintu utama menghadap tau macam bertentangan. So malam tu, semua kat bilik, then kawan tu tutup lampu kat ruang tamu, tiba² nampak sesuatu macam bayang hitam lari menuju ke sliding door. Uishh terkejut dia. Malam tu semua tidur dalam ketakutan. Cis haha. Esoknya dia cerita, dia nampak pcong, kecik sangat. Pastu dia kata ‘kecik weh pocong tu, kain putih gila. Guna febreeze kot’ kahkah

Malam berikutnya, kami sedang busy menyiapkan assignment. Separuh di bilik, separuh di ruang tamu. Aku yang berada di bilik (medium room) sebelah dengan dapur. Pintu menghadap ruang tamu. Tiba² terdengar something yang kuat sangat. Macam pinggan kaca tebal tu dihempas kuat. Kawan yang kat ruang tamu dh jerit ‘wei apa tuuu’. Aku keluar bilik, ya Allah rupanya mozek dapur kami meletup, merekah panjang sangat. Dalam kepala ‘wei hantu nak keluar ke’.

Semua jerit dan lari keluar. Takut wei, manatahu bangunan tu nak roboh. Kami jerit, yang peliknya satu jiran pun tak keluar. Haa dh aku call kawan lelaki datang tgokkan rumah. Dia masuk, and dia cakap panas sangat agaknya ni. Then kami pun kemas² mozek ke tepi. Kawan lelaki aku balik. Then dia call, ‘weh jangan keluar rumah. Aku turun tangga rumah kau tadi lalu carpark. Then ada kereta yg main lampu. Aku tengoklah.

Mana tahu memb. Haa kau sekali, pocong beb kat seat belakang. Aku baca apa aku tahu terus aku cabut lari’. Malam tu, satu rumah tidur kat ruang tamu beb. Takut punya pasal. Aku tidur genggam tangan kawan aku. Malam tu jugalah benda tu tunjukkan diri. Selepas sorang demi sorang nampak dia, nampak dalam mimpi. Then giliran aku. Mungkin aku terbawa sangat rasa takut tu. Tengah tidur, terjaga then pandang tepi. Fuh benda tu baring menghadap aku, muka dia betul² depan mata. Jelas nampak muka berkedut and macam kabur² gitu. Aku pejam mata cepat² and buka dh takde dah. Syukur.

Bukan malam itu sahaja, ada satu malam kawan aku minum air di dapur. Rumah kami ada pintu dapur. Syok dia minum, terpandang pintu dapur ada perempuan baju putih rambut panjang sengih kat dia. Tersedak dia.

Banyaklah kejadian kat rumah tu yang membuatkan aku fobia bila datangnya waktu malam . Kena hempapnya lain. Bahang semacamnya lain . Pernah buat yassin, ada sorang tu telinga dia dengar macam² bunyi. Aku tak dengar pulak. Kadang malam² dengar barang jatuh kuat sangat kt area toilet. Esoknya tengok, takde pulak barang mandi jatuh. Last² tinggal satu sem je, and pindah rumah . Dh kena bayar denda sebab keluar awal dari kontrak. Takpelah .

Haa kalau nak baca kisah lain, ada je orang lain cerita pasal blok 4 tu. Serach google ‘Apartment Perdana Seksyen 13’

And untuk pengetahuan, rumah tu takde sape tinggal and deposit kami 4k pun still dia tak bayar.

The post Aprtment Perdana Blok 4 appeared first on Fiksyen Shasha.

No comments