Aku ex-student IPTA (Cukup tu saja). Aku nak confess pasal sepupu aku yang comelll tu, lahhh dah aku tak tahu nak gelar dia apa? haha so panggil yang sweet sajalah.

Sepupu aku ni bekas student ipta jugak, sekarang dah kerja. Pada aku kerjanya antara kerja yang mulia. Awalnya aku respect dia ni, yalah sebab ambil sains tulen then belajar tinggi-tinggi, sorang-sorang pula jauh merantaukan. Aku rasa semua perempuan ada impian untuk jadi wanita bekerjayakan? Masalah aku start dengan dia bila aku sambung degree. Mula-mula aku tak perasan lagi, sebab waktu aku sambung tu, dia kemain excited post dekat fb bangga aku masuk U. Pada aku, memanglah tak semua orang ada peluang sambung belajar, tapi tak perlulah dia nak post pasal aku sebab serius aku tersangatlah malu. Dan aku takut sepupu-sepupu aku yang tak berpeluang terasa hati.

Okay, apa-apalah pasal post tu, tak kisahlah janji bukan aku yang post nak caption “Alhamdulillah” bagai. Pada aku, rasa syukur aku pada Allah, cukup sekadar dalam hati, ketika aku sujud kepada-Nya, dan peluk mak aku tanda syukur aku. Tak perlu nak bagitahu sedunia. Tapi terpaksa jua aku luahkan perkara ni. Bila dia dapat kerja, macam-macam post kejayaan dia tu. “Soal pasangan tu perkara akhir, belajar tinggi-tinggi dulu. Cari kerja bagus dan bayar hutang dengan mak bapak” seriously? Kau boleh cakap macam tu. Ramai sepupu-sepupu aku yang lain mengadu dekat aku sebab terasa hati dekat sepupu aku yang comel ni. So, aku tenangkan perasaan sepupu-sepupu dengan kata, rezeki kita berbeza & jalan hidup cerita kita tak sama, hanya syukuri seadanya.

Aku tahu, dia sebenarnya nak sindir aku sebab aku masih study aku dah kahwin. Nak buat macam mana? Jodoh aku sampai awal even dia dah tunang lama dari aku. Pada aku, setiap orang ni jalan cerita dia lain. Keadaan lagi teruk bila aku tegur dia. Aku jenis direct, malas nak pendam malas nak cakap belakang. Aku tegurlah “Kau kalau nak bagi nasihat kat orang lain, berpadah-padah tau. Kau ingat hidup ni semua macam kau ke? Sambung belajar tinggi-tinggi lepas tu dapat kerja bagus? You, kalau You fikir macam tu, baik You belajar takdir dulu, sia-sia You belajar tinggi kalau soal takdir pun You tak tahu?”. Salah aku tegur dia macam tu. Dia punya jerit dekat aku, kata aku patut terasa sebab aku bodoh kahwin awal. Tak balas jasa mak bapak. Rupanya dia iri lepas tahu, rumah yang mak buat guna duit aku.

Mulalah dia gosip, yang aku kahwin awal sebab ‘terlanjur’ atau mengandung anak luar nikah. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku tak pernah sangka dia sejahat itu, sebab pada aku dia kira kakak sepupu aku yang berjaya bukan saja soal masa depan tapi akhlak. Perangai dia, korang bayangkan je semut dipijak tak mati. Solat 5 waktu, aurat terjaga, hormat orang tua, jaga adik-adik dia. Semua perkara wajib dia buat. Siapa tak rasa dia idolkan? Tapi aku silap. Orang pun percaya gosip tu sebab yela, aku tak tunang lama, seminggu terus nikah. Hanya kerana begitu cepat, macam-macam fitnah ditabur. Keputusan kahwin tu aku terima masa dapat petanda selepas solat istikharah.

Takdir aku lambat dapat cahaya mata. Aku redha dan suami terima keadaan ini seadanya. Tak habis lagi sepupu aku yang comel tu tabur fitnah, katanya aku gugurkan kandungan luar nikah sebab tu tak hamil-hamil lagi. Rahim jadi lemah. Allah, sebak aku mengenangnya. MIL hampir terhasut. Alhamdulillah, suami sentiasa kuatkan aku untuk part ni. Katanya, ingat Allah…kebenaran akan terjawab nanti. Mak aku kenal sepupu aku macam mana, hampir saja mak nak saman malu sepupu aku tu, tapi aku kata biarlah mak janji aku tak buat apa yang dia cakap.

Bila aku habis bayar ptptn, sepupu comel aku ni tak puas hati lagi. Aku tak tahulah dari mana dia tahu hal aku. Ni dia tuduh aku paksa suami aku bayarkan hutang ptptn. Jajah cerita sampai MIL aku tahu gosip tu. MIL ada jugalah herdik kata aku bodohkan suami, aku diam je (Aku masuk toilet dan nangis). Suami aku tanya pasal apa sampai MIL marah aku macam tu? MIL pun terangkan. Suami pula pandang aku macam nak telan, ingat aku curi duit dia. Semua dia check, termasuk wang simpanan aku tapi tak ada yang kurang cuma bertambah .

Aku agak kecewa dengan suami aku. Suami balik-balik tanya, dari mana aku dapat duit sedangkan aku anak orang miskin? Then, sepupu comel aku ni tabur lagi fitnah kata aku ada lelaki lain. Ikut hati aku, memang aku nak buat dia macam WWE tapi aku diam. Salah aku, aku diam dan tak terangkan pada suami. MIL aku siap kata tak maafkan aku sebab anggap duit yang aku kirim tiap bulan tu duit haram. Aku kecil hati, aku keluar dari rumah suami dan tinggal dekat rumah rahsia aku yang kebetulan aku bulan sebelum aku perang dengan suami. Hari-hari suami pujuk suruh balik rumah, dia kata minta maaf walaupun dia rasa tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Keluar lemah suami aku bila aku tak ada. Sebulan lepas tu, aku terpaksa balik sebab suami ugut buat laporan isteri hilang hahaha… Itu belum part kawan-kawan dia semua call cari aku, kata suami aku dah macam orang gila. Aku terpaksa balik, sebab aku sakit je tak ada jaga (jahat tak?)

Pasal mana aku dapat duit tu, aku sebelum sambung study lagi, aku suka bisnes kecil-kecil. Masa study pun, aku buat kerja partime macam-macam janji halal. Cuma aku tak cakap dengan sesiapa, sebab aku malu. Aku bisnes online guna nama samaran. Kalau aku promote guna nama aku pun, aku kata aku tolong orang lain saja. Bila habis study, aku fokus pada bisnes tu. Salah aku, aku tak bagitahu lagi keluarga termasuk suami. Hanya bestfriend aku yang tahu. Diorang pun tolong aku, sampai aku dapat sewa kedai berbekalkan simpanan bisnes sebelum tu. Bestfriend aku jaga kedai. Walaupun aku bisnes masa sekolah, aku ada je pinjaman ptptn, yelah mana adalah sangat untung bisnes masa awal-awal lagikan.

Aku tenangkan hati, jumpa sepupu comel aku tu. Kenalah tenang, kalau tak jadi lumat dia sebab aku adalah belajar sikit ilmu pertahankan diri. Aku tanya dia, apa yang dia tak puas hati sampai tabur fitnah aku macam-macam? Jawapan dia sebab dia benci aku dari dulu. Sebab aku selalu dapat perhatian dari keluarga besar, sedangkan dia lagi bijak, dia lagi cantik, bapa dia kaya dan aku tak ada ayah dan sebab aku sambung study aku jadi pesaing dia. Korang, haha… aku terkedu masa dengar alasan tu, part aku sesal sikit sebab aku voice note perbualan aku dengan dia dekat family group whatsapp. Sambil cakap aku tekan record (Alahai, kenapalah aku buat macam tu?)

Sebab hati aku masa tu, terlalu sakit dengan fitnah yang dia buat. Itu tak termasuk lagi, dia kata aku sebenarnya guna susuk sebab tu badan aku nampak cantik, muka nampak manis, tapi dia je nampak muka aku macam syaiton nirojim. Banyak lagi dia buat cakap yang bukan-bukan pasal aku, hingga mencipta empayar pembenci aku. Haha rasa kelakar pula istilah tu. Banyak-banyak sepupu dia, aku yang hodoh, tak bijak, tak kaya ni juga yang dia dengki tak berbapa pula tu. Last aku cakap kat dia “Sis, kalau sis nak tabur fitnah, pastikan ada bukti. macam aku buat” Lepas tu aku bagi dia dengar voice note tu dan berlalu. Dia nak rampas fon, aku ada sepak sikit je. Then cakap, maaf ye tak sengaja dan sorry tak boleh padam sebab group whatsapp. Memang riuh jugaklah masa tu, tapi aku diam je.

Part aku voice note tu, baru awal tahun ni. Aku rasa dia malu jugaklah, tu pun kalau dia sedar. Aku maafkan je perbuatan dia, aku rasa dia masih bencikan aku kot sebab aku buat macam tu. Mungkin dia tak matang lagi even dia tua 3 tahun dari aku atau aku yang tak matang huhu. Now aku 26 tahun, tengah sambung master pjj. Alhamdulillah, aku preg tunggu hari je lagi. Doakan aku ye, aku excited plus nevessss. Pasal bisnes, suami dah tahu. Macam mana tahu tu, aku malas nak cerita. Dah panjang sangat.

Maaflah panjang sangat. Korang rasa jahat ea apa yang aku buat dekat sepupu comel aku?

Mrs. Cool

– Mrs. Cool

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments