Konon datang ke balai nak bantu siasatan, tetapi suspek ditahan kerana keterangannya mencurigakan
Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud memaklumkan, suspek kes bunuh Siti Nur Surya, telah melakukan ujian air kencing dan keputusannya adalah negatif.
Semakan polis juga mendapati, suspek berusia 19 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Siasatan awal kes bunuh itu masih menjurus kepada motif perselisihan faham sehingga menyebabkan kematian mangsa yang juga merupakan kawan suspek.
Mohd Adli berkata, pihaknya akan memanggil beberapa saksi dalam masa terdekat untuk membantu melengkapkan siasatan dan ini termasuk ahli keluarga suspek.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita-berita yang tidak sahih di media sosial. Mana-mana pihak yang berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang.
Suspek yang hadir ke Balai Polis Telemong, Hulu Terengganu, pada jam 7.30 pagi Isnin, 2 November, bersama dengan ibunya kononnya mahu memberi keterangan bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya.
Bagaimanapun, hasil keterangan yang diberikan suspek menimbulkan kecurigaan di mana suspek pada awalnya mendakwa menemui mayat mangsa pada jam 9.30 pagi. Tetapi terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya serta kesan gigitan di tangan membuatkan polis mula berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Berikutan itu, pelajar tingkatan enam itu ditahan dan sekali gus membongkar kejadian sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
Suspek pada awalnya datang ke rumah mangsa untuk berbual kosong. Tetapi suspek mendakwa mangsa telah merendahkan dirinya terutama berkaitan dengan status ekonomi keluar dan rupa parasnya.
Panas hati mendengar kata-kata itu, suspek terus menyerang mangsa. Kebetulan mangsa yang memegang pisau, dipercayai dirampas oleh suspek yang digunakannya untuk menetak mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
LAPORAN BERKAITAN
Post a Comment