Budak perempuan 5 tahun dirogol & direjam dengan batu sampai mati


Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didakwa dirogol dan direjam dengan batu sehingga mati oleh suspek yang bimbang mangsa akan melaporkan kejadian itu kepada polis. 


Menurut polis pada Jumaat lalu, kejadian serangan seksual terbaru itu dilaporkan berlaku di Odisha, India. 


Kematian mangsa itu menambahkan lagi kemarahan masyarakat di seluruh negara di mana kes keganasan seksual terhadap wanita kerap berlaku dan kira-kira 90 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari pada tahun 2019. 


Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang dari kampungnya di Kharkhari di Dearah Dhenkanal pada Khamis lalu sebelum mayatnya ditemui di hutan berhampiran oleh penduduk awam yang melakukan pencarian pada Jumaat lalu. 


Keluarga mangsa mendakwa anaknya telah dirogol dan direjam dengan batu oleh suspek yang identitinya masih belum didedahkan. 


Pegawai Polis, Suprasanna Mallick berkata, kertas siasatan telah dibuka berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh keluarga mangsa. 


India merupakan salah satu negara yang berbahaya untuk kaum wanita di mana kejadian kes rogol berlaku setiap 15 minit berdasarkan data persekutuan. 


Pada awal Oktober, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menjadi mangsa rogol meninggal dunia di hospital, 10 hari selepas diserang secara seksual oleh suspek, meningkatkan kemarahan masyarakat India di mana keluarganya turut membawa mayat mangsa berarak dalam protes tersebut. 


Mangsa didakwa diserang secara seksual oleh sepupunya ketika dia berada di rumah. Mangsa kemudian dibawa ke hospital di Delhi untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman. 


Sumber: Daily Mail

No comments