'Ada nampak tak suspek stick women ni?' - Polis dedah gambar kes langgar lari yang dilukis 2 budak sekolah
Polis di Jerman menyiarkan lukisan yang dilukis oleh dua kanak-kanak berusia enam tahun untuk membantu siasatan berhubung kes langgar lari yang sedang disiasat pihaknya.
Polis kini sedang mengesan sebuah kereta berwarna hitam yang dipandu oleh wanita yang memiliki rambut 'blonde' dan pendek, berdasarkan lukisan tersebut yang disyaki terbabit dalam kes itu.
Difahamkan, kes langgar lari itu disaksikan oleh empat murid sekolah, Luisa, Romy, Celina dan Luis, yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat hijau untuk melintas jalan di persimpangan lampu isyarat.
Lukisan Celina menunjukkan, mereka berempat menunggu di tepi jalan dan sebuah kereta yang dipandu suspek melanggar tembok penghadang jalan dengan beberapa ketul awan yang kelihatan pada hari kejadian.
Lukisan Luis pula menunjukkan, sebuah kereta hitam dipandu oleh seorang wanita dipercayai dipandu dengan laju sehingga membuatkan mereka terkejut.
Dalam lukisan itu, saksi juga kelihat memegang pistol menembak kereta berkenaan atau Luis sebenarnya ingin melukis bahagian plat kenderaan itu.
Polis berterima kasih di atas kerjasama kanak-kanak itu dan lukisan itu telah dimasukkan dalam fail siasatan untuk tindakan lanjut.
Menurut jurucakap polis, insiden itu berlaku kira-kira jam 8.40 malam 11 November 2020 ketika kanak-kanak itu dalam perjalanan ke sekolah. Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, kereta itu membelok ke kiri dan terlanggar penghadang tersebut tanpa berhenti dan meneruskan perjalanan.
Empat kanak-kanak itu kemudian memaklumkan kepada guru mengenai kejadian itu, sebelum menghubungi pihak polis. Tidak beberapa lama selepas itu, beberapa anggota tiba di sekolah dan mereka menunjukkan dua lukisan tersebut.
"Kanak-kanak ini patut diberi penghargaan," kata anggota berkenaan.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment