'Saya tak mampu bang, cuma ada duit RM20 untuk beli 7 keping pampers'


Kos hidup yang semakin meningkat sedikit memberi kesan kepada individu. Tambahan pula wabak Coronavirus yang sudah menakluk dunia telah meninggalkan impak yang cukup besar. 


Sebagai ketua keluarga pula,bermacam cara untuk difikirkan demi membesarkan anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh pemuda ini,dia tersentuh bila melihat seorang pemuda hanya membeli beberapa keping pampers bayinya yang baru dilahirkan kerana tidak berkemampuan.


TADI saya pergi membeli di kedai runcit. Jumpa seorang lelaki, dia mahu belikan anaknya pampers hanya tujuh keping. Saya tanya kenapa beli tujuh sahaja? 



"Saya tidak mampu bang. Isteri saya baru melahirkan anak tadi. Saya cuma ada duit RM20. Mahu belikan pampers sama tisu basah untuk bayi." 


Allahu, terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk menyediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan. Kita faham bila jadi ketua keluarga dan lebih-lebih lagi bila sudah ada anak. 


Saya suruh dia simpan semula pampers yang dia beli tujuh keping. Saya ambilkan dia pampers baharu, sabun mandian untuk anaknya dan yang lain-lain. Semoga Allah memberikan kekuatan dalam kehidupanmu saudara. 



Hari ini kita tolong orang. Insya-Allah kalau bila kita juga berada dalam kesulitan, pasti Allah hadirkan orang lain untuk membantu kita. 


#TerusBerbuatKebaikan


Sumber: Ismail Sabran Ancok

No comments