Player PUBG dibanned kerana main guna 'cheat' ketika Live Streaming di Twitch


PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) masih menjadi pilihan gamers mahupun di PC atau di smartphone. Tetapi popularitinya semakin berkurangan kerana ada persaingan dari permainan yang lain seperti Call of Duty, Fortnite, Apex Legends dan sebagainya. 


Pun begitu, semua game-game popular itu sudah tentu mempunyai pemain yang tidak jujur dan menggunakan pelbagai jenis software third party menawarkan fitur seperti imbasan x-ray bagi mengetahui posisi dan nyawa musuh, termasuk lokasi senjata-senjata untuk bermain secara 'curang' dalam game. 


Baru-baru ini seorang pemain PUBG dibanned semasa sedang membuat siaran langsung di Twitch kerana didapati bermain menggunakan cheat. Vesprine, sememangnya dikenali sebagai streamer yang kerap menggunakan cheat ketika bermain PUBG dan telah dibanned berulang kali. Tetapi dia tetap membuat akaun baru untuk mengulangi perbuatannya itu. 


Namun pada hari kejadian, Community Manager dari PUBG, Henry G (Hawkinz) telah menyaksikan sendiri aksi Vesprine dan kemudian 'menghukum' pemain itu serta-merta.


Hawkinz juga sempat memuat naik komen di live streaming Vesprine, "Peace loser" membuatkan para penonton stream itu terkejut dan ketawa. Bukan hanya itu sahaja, pihak Twitch juga telah menggantung akaun Twitch Vesprine.



Polisi Twitch menetapkan, streamer yang menggunakan platformnya adalah dilarang keras menyiarkan sebagai penggunaan program terlarang seperti cheat ketika bermain game dan jika didapati berbuat demikian, akaun pemainnya akan digantung serta-merta. - Agensi

No comments