'Tukar nama JASA ke J-KOM takkan mampu redakan kemarahan rakyat' - Najib


Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) semalam ditukarkan kepada nama baharu iaitu Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peranan dan fungsi J-KOM juga turut berubah dan tidak seperti dahulu. 


Antaranya menyampaikan maklumat kerajaan yang tepat dan sahih kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum balas daripada rakyat. 


Bagaimanapun, keputusan KKMM itu tidak dipersetujui oleh bekas perdana menteri Najib Razak yang berpandangan, langkah itu tidak akan meredakan kemarahan rakyat yang masih 'bengang' dengan pemberian peruntukan sebanyak RM85 juta dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan bulan lalu. 


"Saya tak yakin langkah untuk jenamakan semula nama JASA kepada J-KOM mampu meredakan keadaan. Saya tengok ramai komen atau posting pro Perikatan Nasional sekarang sedang dibalas dengan komen "Ha! Budak JASA Rm85 juta dah mula buat kerja". 


"Jadi, segala propaganda yang menyebelahi kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjadi kurang berkesan. Kerajaan perlu sedar wujudkan risiko (penubuhan J-KOM) ini," katanya. 



Semakan di media sosial juga mendapati, masih ramai netizen yang juga rakyat masih meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan hal itu selagi peruntukkan RM85 juta tersebut tidak dikurangkan. 



Dalam laporan MalaysiaKini Saifuddin dilaporkan ada mengatakan peruntukan RM85 juta itu akan dikurangkan tetapi tidak dinyatakan berapa jumlahnya. 


Ahli-Ahli Parlimen yang lain juga mempersoalkan, apakah jaminan Saifuddin untuk memastikan J-KOM itu kelak menerima campur tangan dari ahli politik atau disalahgunakan sbagai agen propaganda kerajaan.


Walaupun menteri ada menyebut mengenai peruntukkan akan dikurangkan, bukankah itu menunjukkan agensi-agensi lain di dalam KKMM seperti Jabatan Penerangan, Bernama, RTM dan sewaktu dengannya seperti tidak berkemampuan melaksanakan objektif dan peranannya sehingga terpaksa menubuhkan JASA atau J-KOM.


Sumber: FB Najib Razak, MalaysiaKini, Harian Metro

No comments