Jabatan Kimia Malaysia sahkan tiada penemuan DNA babi dalam hidangan mi kari Old Town White Coffee


Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan tiada penemuan DNA babi dalam sampel daging di dalam mi kari yang dijual di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor seperti yang didakwa baru-baru ini. 


Pengarah Bahagian Penguat kuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, hasil keputusan analisa mendapati restoran itu tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011. 


Beliau juga menegaskan, pihaknya akan terus membuat pemantauan secara proaktif dan konsisten bagi memastikan pengusaha makanan dan minuman patuh terhadap perundangan yang telah ditetapkan. 


Selain itu, KPDNHEP juga akan memastikan pengusaha tidak sewenangnya menyalahgunakan kelulusan yang diberikan dengan maksud berselindung dan mengaburi pengguna melalui kelulusan ini. 


Dalam pada itu, orang ramai juga diminta sentiasa bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan isu yang tidak sahih melalui media sosial yang boleh memberikan kesan negatif dan tidak adil kepada pihak berkenaan. 


Untuk itu, orang ramai boleh membuat semakan mengenai isu halal di talian Hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) melalui laman KPDNHEP atau menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 019-2794317 agar tindakan segera dapat dilaksanakan. 


Pengadu juga perlu mengisi maklumat seperti nama, nombor telefon, premis, lokasi, gambar aduan yang dimaksudkan bersama dengan resit sekiranya aduan berkaitan dengan harga atau pembelian. 


Sumber: Harian Metro

No comments