'Maafkan aku.. aku pergi, biar anak-anak ikut bersamaku' - Ibu gantung diri selepas racun 2 anaknya


Seorang ibu kepada tiga anak, Neneng Setia Wati, 27, ditemui mati tergantung di tengah-tengah dapur rumah, oleh suaminya, 29. 


Mangsa ditemui tidak bernyawa dalam keadaan tergantung, selain dua lagi anaknya berusia 2 tahun dan salah seorang anak kembarnya berusia 6 bulan juga ditemui meninggal dunia di dalam bilik dengan mulut mereka berbuih-buih dipercayai diracun oleh Neneng sebelum bertindak menggantung diri. 


Kejadian itu berlaku pada jam 5 petang, Isnin, 16 November 2020, di rumah keluarga itu di Riau, Indonesia. Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke unit forensik untuk bedah siasat dan setelah itu diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan. 


Siasatan awal polis turut menemui sekeping nota yang ditulis oleh mangsa sebelum membunuh diri dengan kata-kata berikut, "Maafkan aku. Aku pergi, biar anak-anak ikut bersamaku".


Hanya seorang sahaja anak kembar pasangan itu terselamat dan polis percaya mangsa bertindak sedemikian kerana berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga pasangan berkenaan. 


Difahamkan, mangsa dikatakan selalu bertengkar dengan suaminya. Walaupun begitu, polis tetap menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada kes itu berpunca dari perselisihan faham atau ada perkara lain yang menjadi punca kejadian itu berlaku. - Agensi

No comments